Sunday, May 22, 2011

Rumput.



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang...

PELAJAR: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana jugak kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu jalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu dan pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Petik rumput yang paling cantik dan bawa ke dalam kelas.

Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik..

CIKGU: Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita dah berjumpa dan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku takkan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.