Thursday, September 29, 2011

Oh what a day!

Assalamualaikum :)

Hari rabu last paper trial. Dah merdeka sebentar. SEBENTAR SAHAJA OKAY. Haha. Semalam layan Hantu Bonceng kat YouTube. Oh Zizankuuu! Haha. Okay, aku tau aku lambat. Aku kan budak SPM, lepas raya hari tu terus trial wey, memang la aku lembab bab-bab tengok movie ni. -.-'

 Berakhirnya trial SPM, maka berakhirlah bulan Syawal. Raya yang paling tak raya tahun ni =.='

Eh eh. Nak story pasal hari ni. Hari ni ada MAJLIS MOHON RESTU. Mula-mula sebelum rehat, sembang ja memanjang. Mentang-mentang baru habis trial. Hehe. Cikgu masuk ja "Class, buat kerja sendiri." Semua cikgu busy mark paper trial. Bila buat keja sendiri tu. Mula la gosip sana gosip sini. Haha. Kelas terus hingar bingar, cikgu pun pegang kepala, pening sebab tak boleh concentrate nak mark paper. Haha. 

Sebelum Majlis Mohon Restu tu, ada ceramah macam mana nak hilangkan stress. Best okay. Mr Vincent The Bald Head. Hehe. Suka tengok dia pegang kepala dia yang botak tuu. Lawak!

Yang part gelak gila-gila punya masa ni
Mr Vincent: If you wanna release stress, play sports. Play with balls.
Girls: *gelak bagai nak gila* WHAT BALLS?

Haha. Blue sungguh otak budak-budak SGGS -.-'

Korang tak paham? Bagus, otak korang suci sikit. Hehe.

Then, Majlis Mohon Restu, kira students yang nak ambil PMR, SPM and STPM ni mohon restu dari cikgu-cikgu la, mintak maaf apa semua. Cikgu beratur tepi dewan, kami students ni pusing dewan salam cikgu. Yang aku pelik tu, cikgu berapa kerat ja yang berdiri tepi dewan. Oh, rupanya cikgu pergi makan kat Galeri Puteri. Habis tu buat apa buat Majlis Mohon Restu kalau cikgu semua busy pi makan? -.-' Tapi ada la jugak cikgu yang stay kat tepi dewan, salam-salam dengan students. Tak pa la cikgu, nanti sebelum SPM kami cari cikgu-cikgu privately, then minta restu okay? :)

The best part is, MAKAN FREE! Aku bab-bab makan ni memang eksaited terlebih. Hehe. Makan nasik tomato, ayam, sayur, tembikai. Then dapat dessert aiskrim. Hee. Lepas dah makan apa semua, jalan la nak pergi kat tempat letak beg sekolah, time tu tak boleh balik lagi. Then selisih dengan junior Form 4. Diorang bagi aiskrim cup pulak. Weeee. Sukaaaa! :D

Cakap pasal aiskrim, rasa macam teringin la pulak nak makan Tutti Frutti. Hehehe. Last sekali makan pun masa raya kedua haritu, tu pun Kak ien yang ajak.



Lagi satu, bila member-member kamceng bersatu kembali, maklumlah, beberapa bulan sudah terpisah kelas sebab streaming, tudiaaa, macam-macam gosip, macam-macam cerita. Sampai dalam bas pun, macam-macam punya cerita. Macam-macam benda aku baru tau hari ni. Haha.

Hari ni baru aku sedar, Pak Cik Daughtry rupa-rupanya dah lama berhenti kerja. Dah sebulan lebih kot. Eh eh. Pak Cik Daughtry tu Pak Cik Kantin la. Hehe. Patut la air kat kantin semenjak dua menjak ni tak berapa sedap, Pak Cik Daughtry dah takda. Tak dapat la milo ais dengan teh ais dia yang sedap gila. Lama dah kot dia keja kat kantin sekolah tu. Patut la bahagian minuman tu macam pelik ja. Dia friendly gila dengan semua orang, bila selisih ja dengan dia mesti dia tersengih, Haha. Sebab apa kami panggil Pak Cik Daughtry? Sebab dia botak, macam Daughtry sikit-sikit. Hehe.



Kenapa orang yang baik-baik semua tinggalkan SGGS? SGGS tak gempak macam dulu dah! T.T

Cikgu-cikgu best pun banyak keluar. Pentadbiran sekarang pun dah bertukar. Tak best. Sekolah perempuan ni macam bertukar menjadi military school. Nasib baik Form 3 & Form 5 tak payah pergi perhimpunan dah. Perhimpunan membuatkan kami rasa macam budak-budak sekolah juvana. Nasib baik la rasa perubahan perhimpunan versi baru tu sekali ja sebab kami ada kelas pagi, kami dikecualikan dari perhimpunan.

Wahai georgian Form Five sekarang, hampa sedaq tak semua event tahun ni tak segempak event tahun lepas? Tahun 2010 is the best, nak pi tahun 2010 balik!

Sunday, September 25, 2011

Sebab apa aku suka exam?



1. Bila exam, maksudnya, tak ada homework. Yay! Bahagianya!
Korang tak tahu, kalau hari sekolah biasa kat sekolah aku kan, tak ada homework tak sah. Paling koman pun mesti ada sorang cikgu akan bagi homework. Tak percaya tanya la budak-budak sekolah aku, SGGS, St. George's Girls' School. Bila exam tu, memang satu nikmat la, sebab tak payah buat homework. Haha.


2. Time exam ni la aku dapat save duit. Hoho.
Bila reccess ja, tak payah pergi kantin, my friends yang bawak bekal akan bagi bekal diorang sorang sikit. Aku tolong perabiskan. Haha.Kadang-kadang aku bawak biskut, so, makan biskut dari rumah ja. RM5 duit poket tak guna pun. Bayangkan aku ambil 10 subjek, that means, exam 10 hari, RM5 x 10 = RM50. Banyak tuuu. Haha.  


3. Bila exam, beg sekolah ringan. Wee~
Haha, ni aku tak heran sangat, sebab hari biasa pun beg aku akan ringan, aku cuma bawak balik buku yang ada homewrok ja, tapi tak selalu sangat la ringan. Bila exam konfem-konfem beg ringan. Nak bawak pun buku subjek yang ada exam. Satu hari satu subjek ja. So, beg ringan jaa. Hehe.


Arghhhh! Aku dapat pikir 3 sebab ja! Tak da sebab lain dah! Puas aku pikir punya lama =.=' Maksudnya aku lebih benci exam dari suka exam. Sebab sebelum ni aku boleh bagi 10 sebab aku tak suka exam. Haha.


P/S: Setelah hampir setahun aku berblogging ni, aku baru letak shoutbox kat blog ni. Haha. Silalah meninggalkan jejak anda. Ada masa saya jengah blog awak ye. Hehe.


Kbye, nak setadi Physics, esok trial Physics hoi! :O

Friday, September 23, 2011

Aku tak suka exam bilaa...

1 - Bila aku plan nak study awal, tapi mesti jadi study last minute jugak
Sebulan sebelum exam dah mula rangka jadual nak study subjek ni ni ni then subjek tu tu tu. Tapi last sekali hampeh. Esok pagi exam, malam sebelum tu baru baca. Haha. Then, mula la tinggal benda-benda yang rasa tak penting untuk dibaca, tengok-tengok esok keluar dalam paper. Damn! Menyesal gila time tu. =.='


2 - Bila mata panda muncul dan tak hilang-hilang
Bila exam ja, mesti tidur lambat. Paling awal pun 2.00 pagi. So, paham-paham ja la apa jadi kat mata ni. Susah hoi nak bagi hilang mata panda ni. Burok! Lepas ni nak letak timun kat mata la bagi hilang mata panda ni. Tapi makan timun tu pun sodap jugak. Haha.


3 - Bila supper menjadi perkara wajib
Oh no! Even aku jenis yang makan banyak, tapi aku paling tak suka supper. Supper la senang buat lemak-lemak bermaharajalela kat badan ni.  Tapi memang aku akan makan supper kalau esok tu exam. =.='


4- Bila dapat result yang tak gempak
Gosh! Hate this part so much. Dah nama pun study last minute, result pun setimpal la dengan study last minute kan. Padan muka kau ejin! Time dapat result tu nak menangis air mata darah pun tak guna dah. Let bygone be bygone okay? =.=


5 - Bila digestion system menjalankan fungsinya cepat sangat
Lepas amek satu paper, pergi toilet, then habis lagi satu paper, pergi toilet. What the? Digestion cepat sangat kot! Dah la toilet sekolah kotor. Nama ja sekolah perempuan, toilet tak reti nak bagi bersih langsung. Pernah jumpa taik seketul dalam toilet, aku nak berak pun dah tak lalu, terus balik kelas, simpan hajat. Tunai hajat kat rumah lagi bagus. Haha.


6 - Bila cikgu suka jalan sini, jalan sana, masa aku tengah buat exam
Cikgu cikgu, cikgu tau tak cikgu menggangu konsentrasi saya? Idea yang ada atas kepala, boleh tiba-tiba hilang macam tu saja. Aku lagi tak suka kalau cikgu berhenti tepi aku, tengok aku jawab apa kat paper aku. Cikgu, nanti saya hantar paper ni, cikgu tatap la paper saya ni lama-lama kat rumah cikgu. Saya tak kesah pun. Haha


7 - Bila kawan-kawan dah mula lentok, tapi aku tak habis jawab soalan lagi
Stress okay tengok orang tidur masa exam time aku tengah bertungkus lumus memerah otak nak menghentam soalan yang memang tak tercapai dek akal nak isi jawapan yang betul. 


8 - Bila ada yang minta kertas jawapan lebih
Hoi! kertas aku banyak kosong lagi, kau boleh mintak tambah kertas lagi? Korang jawab apa kat kertas tu? Aku tak tau nak merepek apa dah. Cukup dah aku letak walau bagaimanapun, selain itu, konklusinya, sehubungan dengan itu, on the other hand, besides that and so on.


9 - Bila cerita bersiri feveret aku terpaksa dipinggirkan
Sedih, sedih. Tinggal satu episod, umpama taktau apa jadi dalam sepuluh episod. Haha, hiperbola gila! Bila tengok balik, haaa? Cerita apa ni? Mana cerita favorite aku? Dah ganti cerita baru ?! Kesiannnn kan aku? Haha 


10 - Bila orang dalam rumah ni enak dibuai mimpi, aku "enak" bersengkang mata
Nasib aku la kan, sapa suruh study last minute. Sendiri buat sendiri tanggung. Yang seram sejuk tu, bila dengar bunyi pelik-pelik, mula la badan nak menggelabah, tutup pintu bilik, bukak lagu untuk menenangkan jiwa. Haha.



P/S: Aku rasa cukup dah kot sepuluh, nak lagi ka? Kalau buat karangan ni, konfem-konfem markah untuk isi dah penuh ni. Haha. Two more papers for my trial. Physics and Account. Chaiyok chaiyok! Nanti kalau aku ada idea, aku update  "Aku suka exam bilaa..." pulak okay? Hehe.

Nak siap-siap pergi Pesta Konvo kat USM depan rumah ni. Bye bye.

Assalamualaikum :)

Saturday, September 17, 2011

Bila ejin dan ejah texting. Haha!



"Ejin :( I miss you!"


"Hang awat? Tetiba I miss you. Nasib baik tak tersemboq nasik ni"


"Haha :D Gedik gila kan aku..Hee saja..."


"Haha. Sedaq diri takpa. Love me love me, say that you love me. Kiss me kiss me, try la kiss me, penampaq sedaih nanti sampai. Haha. Gilo"


"Haha.. :D I gilew pun dengan you ja. Dengan orang lain takpun."


"Eleh. Mohong. Dengan adik you pun you gilew. Alaa. Adik you tu. Nama apa entah. Haaa. Dik Kir ;) "


"Haha :D Okok I buat gilew dengan you and adik I jew.. Tak dew orang lain daa"


"Ye lettew. Entah-entah you ada kekasih gelap."


"You ni..Tak percaye cakap I kew..Cukupla I dah adew adik yang gelap sikit tu.."


"Tak percaye tak percaye! Dulu you pernah curang dengan I. Buktikan dulu you betul-betul sayang and love I."


"You belah la dada I yang kecik ni.. You tengok la nama you sorang yang terukir dalam hati I. You ranking no 1 tau.. Tak dew sape pun dapat gantikan tempat you dalam hati I ni.."


"Alaa. You ni, macam tak kenal I, I takot darah lew. Macam manew nak belah dada you. Carew lain tak dew kew?"


"Hurmm.. You check la handphone I ni..Yang ada mesej pun mesej you dengan adik I tue jer..."


"Tu pun sebab I ada dalam Active10 you. Kalau tak, harem nak mesej I. Haha"


"Haha.. Aii you ni dalam quiet-quiet you camdeq I dasyat nohh :D "


"Opps! Tak sengajew lew you. You terasew kew? Sho shori. Dulu i suruh you buat Youth Club, you lengah-lengahkan. RM8 jew pun. Sekarang padan mukew you. :P Dengan tax 6% lagi"


"Haha..Ala tax 6% tu tak jadi la okay.. :P "


"E'eh. Ye kew? I sejak-sejak trial ni, i break up dengan buletin utama. Haha."


"Haha. You ni break up dengan dia pun.. Kapel la dengan surat khabar sikit.. :D "


"Alaa. Papa i tak beli newspaper la. Papa you kot la rajin bawak balik newspaper. Untung lew sapew dapat papa in law macam papa you."


"Ahaha.. Shoo shad.. You ni alang-alang buke FB tu. Ce buka berita harian yang online tue kew.."


"I online buke FB dengan blog jew. Benda lain i tak layan lew. Ala. I buke FB pun, I view profile you. Saya bukak profile awak sebab saya rindu awak. Aww aww! Haha."


"Haha. Same lew dengan I.. Kite nie adew kimia laa..Kalau tak jumpe u pun tak pe tapi asalkan dapat tengok muke you dalam FB ni pun jadi lew.. I admire mate u ;) "


"Bahagia, ku rasa, disaat kita berdua bersama. Tibe-tibe teringat lagu kimia youu! Haha. Nape dengan mate I? Hehehe. You ni sukew buat I malu tawu? Haha."


"Hehe. Mate you sepet..Redup-redup jew i tengok. Hikhik.. Kadang-kadang I suke kalau you senyum..You kalau senyum buat kan hati I terhenti tawu."


"Kadang-kadang jew you sukew I senyum? :( I senyum 24hour tawu? Huaa. I senyum hati you terhenti, kalau tak senyum, hati you jadi ape? Hikhik."


"You! Suka hilang centu ja tau. Benci!"


" You, :( I tertido. You tau jew la kalau baca sejarah petang-petang jadi cenni la. Japgi kita mesej k. Ada orang mai umah."





P/S:
Dear Hafizah, aku tau hang tak suka aku panggil Ejah. Tapi aku nak bubuh jugak nama Ejah tu. Haha. :P Sepanjang aku mesej dengan hang ni, aku gelak like gila. Makan nasik pun lama gila. Mak aku dok tengok aku semacam ja. Haha. Geli geleman tau tak cakap bahasa macam tu. Gedik gila sial. Hang mesej dengan Dik Kir macam tu ka weyh? Haha. Kalau hang mesej dengan dia macam tu aku tak kesah, kalau dengan member, oh no, tak boleh terima. Haha. Orang Penang buat style orang Penang la. Toksah dok bajet-bajet dengan bahasa cute tu dengan member-member. Haha.

Thank You Hafizah, I Love You Very Much My Dear Girlfriend :)


Ejin, hang sedaq tak hang tengah trial SPM? Hang ada masa lagi update blog =.='

Saturday, September 3, 2011

Rayaa, oh yeah!

Assalamualaikum :)

Mula-mula memang takda mood nak raya. But then, raya tahun ni best la jugakk, I mean, best dan bermakna. Terima kasih buat semua yang wujud di hari raya aku ;D

Raya Pertama

Tak balik kampung, kampung depan rumah jaa. Haha. Memang happening gilaaaa! Macam tahun-tahun sudah. Tapi kekurangan seseorang. Tok Siti :'(

Ini rumah Pak Haniff, atok saya, tapi saya tak pernah jumpa arwah, sebab arwah meninggal masa abah saya kecik-kecik lagi. Muka pun saya tak tau macam mana :') Awat tetiba saya ni? Aku la -.-


Apa yang aku makan? Ketupat, kuah kacang, nasik impit, lontong, rendang, sate ayam, sate daging, ayam bakar, What? Aku tak boleh makan ayam sebab allergic? Aku kesah apa. Raya weyh! Haha. Mak aku jeling ja time aku makan ayam tuu. Haha. Lagi-lagi, apa ar, laksa, kek coklat, ais krim, bermacam-macam kuih raya yang berunsurkan coklat, asal nampak macam ada coklat ja aku telan. Haha. OHMY! Aku makan banyak gilaaaaa! :O Eh, lupa pulak dekat lemang, tak puas la makan lemang, satu rumah ja hidang lemang, then, lemang tu plak tak sedap. -.-

Nampak sangat candid. Haha. Ini bukti aku sangat gembira di hari raya.


Duit raya? Boleh tahan laa, abah aku ada 9 adik beradik, seorang dah meninggal, yang lain semua dah beranak pinak. Sepupu aku ramai dah yang dah kawin dan beranak pinak. Agak-agak berapa duit raya aku? Lu pikir la sendiri. Haha.

Haaa, cosin aku control ayu habis. Aku? Macam monyet pun adaa. Haha

Gediknya hang ejinnn! -.- Haha

Aku suka gila gambar ni, kalu nampak mata aku yang sepet ni lagi cun. ;D


 Ni, gambar terakhir, nak tengok yang lain, pergi add sepupu aku, tengok kat album dia. Haha :P


Raya Kedua

Ho ho ho balik kampung, ho ho ho balik kampung, hati girangg!

Malas nak tangkap gambar, jadi, tiada gambar untuk di upload. Hehe. Makan macam-macam jugak. Bahagia perot akuu. Duit raya pun masyukkkkk. Hoho. Keluarga Mak Long besar gilaaa. Ramai yang aku tak kenal :O Yang kenal pun, kenal muka ja, nama taktau :O Aku ingatkan sorang mamat ni sepupu aku, rupa-rupanya, dia anak sepupu aku :O Budak poli weyh! Anak menakan aku lagi tua dari aku :O Haha, dok buat jakun lebih hang ni ejin.

Raya Ketiga

Hari ketiga, raya bersama kawan-kawan pulak.

P/S: Cek pakai loghat Penang tak pa kan? Yang mana tak paham buat-buat paham dah la nohhh ;)

Kami beraya TUJUH orang, tapi pi beraya TIGA rumah jaa. Takpa-takpa, yang peting aku kenyang. Haha. Lawak gila beraya dengan hampa weyh! Mula-mula kat rumah aku, semua dok cover, yang selalu hingaq, dok diam jaa. Haha. Tapi still dok bergurau senda, cewahh, Haha. Tengok Upin Ipin la Duhai Si Pari-pari la. Ada yang mata dok stim nak tidoq sebab makan kenyang sangat. Haha.

Then, pi raya rumah kedua pulak, time ni semua macam dok bawak keluaq taring dah. Haha. Berapa kali Ray Ban jatuh dalam pinggan taktau. Haha. Semua dok fokus tengok kartun kat channel Al-Hijrah pulak. Akhir sekali, kami p raya kat rumah ketiga laa, takkan empat kot, tadi awai-awai aku kata tiga kan :P Hingaq macam apa ja. Tengok Halimah Jongang. Ada yang punya khusyuk tengok album gambar. Dok lawan camdeq. Ayaq tumpah macam ayaq terjun. Haha. Sweet memories wey. Takkan ku lupa.

"I don't need a camera to take photo and a memory card to store them because I capture every moment through my eyes straight to my heart to be stored." Cewahh, speaking kau ejin. Haha. Aku amek dari internet jeee :P

Mood raya tak hilang lagi ni, macam mana homework nak jalan ni? Macam mana otak nak jalan? Trial SPM -.-'