Assalamualaikum :)
Hari rabu last paper trial. Dah merdeka sebentar. SEBENTAR SAHAJA OKAY. Haha. Semalam layan Hantu Bonceng kat YouTube. Oh Zizankuuu! Haha. Okay, aku tau aku lambat. Aku kan budak SPM, lepas raya hari tu terus trial wey, memang la aku lembab bab-bab tengok movie ni. -.-'
Berakhirnya trial SPM, maka berakhirlah bulan Syawal. Raya yang paling tak raya tahun ni =.='
Eh eh. Nak story pasal hari ni. Hari ni ada MAJLIS MOHON RESTU. Mula-mula sebelum rehat, sembang ja memanjang. Mentang-mentang baru habis trial. Hehe. Cikgu masuk ja "Class, buat kerja sendiri." Semua cikgu busy mark paper trial. Bila buat keja sendiri tu. Mula la gosip sana gosip sini. Haha. Kelas terus hingar bingar, cikgu pun pegang kepala, pening sebab tak boleh concentrate nak mark paper. Haha.
Sebelum Majlis Mohon Restu tu, ada ceramah macam mana nak hilangkan stress. Best okay. Mr Vincent The Bald Head. Hehe. Suka tengok dia pegang kepala dia yang botak tuu. Lawak!
Yang part gelak gila-gila punya masa ni
Mr Vincent: If you wanna release stress, play sports. Play with balls.
Girls: *gelak bagai nak gila* WHAT BALLS?
Haha. Blue sungguh otak budak-budak SGGS -.-'
Korang tak paham? Bagus, otak korang suci sikit. Hehe.
Then, Majlis Mohon Restu, kira students yang nak ambil PMR, SPM and STPM ni mohon restu dari cikgu-cikgu la, mintak maaf apa semua. Cikgu beratur tepi dewan, kami students ni pusing dewan salam cikgu. Yang aku pelik tu, cikgu berapa kerat ja yang berdiri tepi dewan. Oh, rupanya cikgu pergi makan kat Galeri Puteri. Habis tu buat apa buat Majlis Mohon Restu kalau cikgu semua busy pi makan? -.-' Tapi ada la jugak cikgu yang stay kat tepi dewan, salam-salam dengan students. Tak pa la cikgu, nanti sebelum SPM kami cari cikgu-cikgu privately, then minta restu okay? :)
The best part is, MAKAN FREE! Aku bab-bab makan ni memang eksaited terlebih. Hehe. Makan nasik tomato, ayam, sayur, tembikai. Then dapat dessert aiskrim. Hee. Lepas dah makan apa semua, jalan la nak pergi kat tempat letak beg sekolah, time tu tak boleh balik lagi. Then selisih dengan junior Form 4. Diorang bagi aiskrim cup pulak. Weeee. Sukaaaa! :D
Cakap pasal aiskrim, rasa macam teringin la pulak nak makan Tutti Frutti. Hehehe. Last sekali makan pun masa raya kedua haritu, tu pun Kak ien yang ajak.
Lagi satu, bila member-member kamceng bersatu kembali, maklumlah, beberapa bulan sudah terpisah kelas sebab streaming, tudiaaa, macam-macam gosip, macam-macam cerita. Sampai dalam bas pun, macam-macam punya cerita. Macam-macam benda aku baru tau hari ni. Haha.
Hari ni baru aku sedar, Pak Cik Daughtry rupa-rupanya dah lama berhenti kerja. Dah sebulan lebih kot. Eh eh. Pak Cik Daughtry tu Pak Cik Kantin la. Hehe. Patut la air kat kantin semenjak dua menjak ni tak berapa sedap, Pak Cik Daughtry dah takda. Tak dapat la milo ais dengan teh ais dia yang sedap gila. Lama dah kot dia keja kat kantin sekolah tu. Patut la bahagian minuman tu macam pelik ja. Dia friendly gila dengan semua orang, bila selisih ja dengan dia mesti dia tersengih, Haha. Sebab apa kami panggil Pak Cik Daughtry? Sebab dia botak, macam Daughtry sikit-sikit. Hehe.
Kenapa orang yang baik-baik semua tinggalkan SGGS? SGGS tak gempak macam dulu dah! T.T
Cikgu-cikgu best pun banyak keluar. Pentadbiran sekarang pun dah bertukar. Tak best. Sekolah perempuan ni macam bertukar menjadi military school. Nasib baik Form 3 & Form 5 tak payah pergi perhimpunan dah. Perhimpunan membuatkan kami rasa macam budak-budak sekolah juvana. Nasib baik la rasa perubahan perhimpunan versi baru tu sekali ja sebab kami ada kelas pagi, kami dikecualikan dari perhimpunan.
Wahai georgian Form Five sekarang, hampa sedaq tak semua event tahun ni tak segempak event tahun lepas? Tahun 2010 is the best, nak pi tahun 2010 balik!
0 Comment:
Post a Comment