Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Semuaaaaaa!

Assalamualaikum :)

Cakap pasal hari raya, aku rindu la zaman kecik-kecik dulu. Zaman balas-balas kad raya. Tahun ni satu kad raya pun aku tak dapat. Sedih gilaa. Sobsob. :'( Tadi aku baca kad raya yang lama-lama. Gelak bagai nak gila. Hahaha. Lawak kot. 

Ni la kad-kad raya lama akuuu. Bengong punya uploader, awat gambar terbalik ni? Lantak lah.


Tengok ni, siap pakai posmen lagi tau. Ada setem tuuu. Haha.


Antara ayat-ayat yang famous:

Assalamualaikum (Tak jawab dosa :P) Apa khabar? Tengah buat apa? This year raya kat mana? Persiapan raya amacam? Dah beli baju raya? Baju raya kaler apa? Dah beli kuih raya? Puasa penuh tak? Tak pi beraya kat rumah ehem-ehem? Dan lain-lain, gila ka apa aku nak senarai semua. Hehe.

Yang tak tahan tuu, ada yang selit duit raya kat kad raya, kalau duit kertas memang lama dah aku guna, ni sempat lagi selitkan duit syiling 10sen. Haha.


 Yang lagi unbeliveable, ada jugak member-member aku yang puitis. Nahhh, baca ni :)

"Kelahiran persahabatan erat,
Yang berputik tanpa paksa,
Amat ku hargai,
Ternyata,
Kau rela menjadi sahabat setia,
Moga detik-detik perkenalan manis,
Yang terulit menjadi kenangan,
Akan kau ingat sentiasa,
Sahabatku."

"Persahabatan adalah cinta yang tak bersayap."


Dan akhir sekali...... Mestilah semua orang takkan lupa pantun ni....

PECAH KACA,
PECAH GELAS,
SUDAH BACA,
HARAP BALAS.

HAHA ;D


Ni kawan aku lukis, comel kan? DOMO RAYA ;)


Berbalik kepada tajuk asal, sempena hari baik, bulan baik ni, aku nak mintak ampun mintak maaf, andainya aku ada buat salah dengan korang, secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sesungguhnya sikap MAAF-MEMAAFKAN adalah satu sikap yang sangat mulia di sisi Nya..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :)

Wednesday, August 10, 2011

Pom Pang Pom Pang !

Kalau nak main mercun tu aku tak kesah la. Biasa la kan. Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak ribena, aku pun dok pekena orang dengan mercun. Hikhik. Nakal! Siapa yang tak nakal dulu kecik-kecik? Tak nakal? Betul tak nakal? Bagussssss! Anda telah mensia-siakan zaman kenakalan yang sangat best! Tak boleh di ulang kembali. Haha.

Sekarang? Aku nak pegang mercun pun tak berani. Tak tau la pasal apa. Haha. Nak kata aku ada kisah silam yang pahit dengan mercun, takdak la pulak. Tak pernah la kena jari ka, tangan ka, muka ka, kaki ka. Tak pernah la masuk hospital. Tak pernah la baju terbakar. 

Tak tau la pasal apa. Bila nak cucuh mercun ja, aku jadi gabra. Kebaikannya, aku takkan membahayakan diri dah, dan keburukannya, aku telah mensia-siakan kenikmatan bermain mercun =.=' Haha.

Kenapa hari ni banyak sangat bunyi mercun bola? Supplier baru hantar kat kampung ni agaknya mercun tu. Haha. Bising hoi. Siap letak dalam longkang, tutup, nak bagi bunyi kuat. Siap letak dalam botol, tutop, nak bagi kuat. Yang tak boleh belah, letak dalam post box orang. Siot ja. Kalau ada surat dalam postbox tu, kesian tuan punya post box tu.

Eh, eh, mercun pop pop pun aku dengar jugak! Haha. Mercun ni sambil tidur pun aku boleh main. Haha.

Comel kan DUNBO main bunga api? ;)


p/s: Tak sabar tunggu malam raya. Tahun lepas, banyak gila bunga api yang besar-besar tu. Lepas family sana, family situ pulak, lepas family situ, family sini pulak. Orang kampung ni kan kaya. HAHA!

Tuesday, August 9, 2011

Kenapa manusia boleh berubah?

Malas nak menaip sekarang. So, baca la article kat bawah ni :)


Kenapa orang boleh berubah?
Kenapa orang boleh berubah?
Kenapa perasaaan orang boleh berubah dalam waktu singkat?


[HARI NI]
 Cakap suka, cakap miss u lah... Cakap need u lah... Asyik rindu lah....
[ESOK] Cakap.. Busy... Takdak kredit nak call.. Kejar masa... Ada hal penting lah...


[HARI NI]
Bila kita mesej "Hi, buat apa?", dia balas panjang-panjang, "Takdak buat apa-apa, miss u.. Asyik ingat kat u..Bila nak jumpa lagi.... Dah makan... Saya rindu sampai tak lalu makan... Awak dah makan....."
[ESOK]
Bila kita mesej "Hi buat apa?", dia balas pendek2, "Takdak apa-apa", "Tak", "Ya" dan "K lah, busy jap..."


[HARI NI]
Kalau boleh, nak duduk ja depan muka kita... Sampai kan tv ada depan mata pun taknak tengok...Nak tengok muka, rindu katanya....
[ESOK]
Kalau boleh, taknak pandang muka ni.. Usah cakap pandang, baru lalu depan tv ja dah tengking
"Oit, tepi la... tak nampak ka orang nak tengok tv....". Bila kita datang dekat ja... "Apa dekat-dekat ni.. Rimas la..."


[HARI NI]
Kejap-kejap call, kejap-kejap mesej... boleh dikatakan, handphone asyik berbunyi ja.....Sampai kawan cakap "Kau ni operator telefon ka? Asyik jawab call setiap saat?"...Dan kita membalas dengan senyuman... "Lover aku lah..."
[ESOK]
Usahkan kata 'Miss called', mesej pun takdak... Membuatkan kita setiap saat akan tengok-tengok handphone, menunggu panggilan @ mesej si dia.... Sampai kawan cakap "Sikit-sikit tengok handphone, asal dengan handphone kau, rosak ka? Senyap ja..." Dan kita akan tersenyum sambil tak berkata apa-apa sebab hati membara.


[HARI NI]
Wahh... Kalau boleh... Free sms yang 200 tu nak dihabiskan dalam masa sejam...
[ESOK]
Free sms 10 pun setahun nak habis.... Tapi still main taip-taip handphone.. Bua-buat la hantar mesej kat lover...Ye la... Kawan-kawan semua ada lover, kita takdak... Tapi dalam hati... Sedihnya...


[HARI NI]
Kejap-kejap si dia mesej..... "Selamat pagi", "Selamat tengah hari", "Sihat ka", "Dah makan"
[ESOK]
8, 9 mesej kita hantar, belum tentu dia balas.


[HARI NI]
Kejap-kejap nak peluk... Kejap-kejap nak pegang tangan... Sambil si dia berkata
"Saya nak genggam awak erat, tak nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]
Si dia berjalan macam atlet negara... Ke hadapan seribu batu...Malah siap si dia berkata "Cepat la jalan... Macam siput la... Lembab..."


Semua ni pernah berlaku kan ...
Dan mungkin sedang berlaku...
Inilah hakikat..
Susah nak cari seseorang yang memahami...
Walau macam mana pun si dia lakukan..
Kita still setia kan ...
Walhal, mungkin ada ramai lagi yang boleh ganti...
Itulah maknanya "SAYANG"....
Lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
Lagi kita benci, lagi kita suka...
Lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan ....
Nak buat macam mana....
Redha ja la..... Walau pun terluka..... ....
Hurmmmmm.... ......



Aku ambil article ni dari SINI


Sunday, August 7, 2011

Kacang lupakan kulit.

Aku bersyukur Ya Allah, dengan hidup aku sekarang. Terima kasih kerana memberikan rezeki kepada keluarga ku ini. Walaupun aku tak semewah orang-orang lain, tapi kita kena sedar, ada orang hidup lagi susah dari kita. Kalau mewah sangat pun susah, takut terlalu terjebak dengan kekayaan, nanti makin menjauh dengan Allah. Aku bersyukur sebab hidup keluarga aku makin bertambah baik.

Mula-mula, kami duduk di belakang rumah tok yang sekarang ni diberi sewa kepada penyewa. Then, kami duduk di rumah flat dua bilik, yang memuatkan kami LIMA anak beranak. Sekarang, abah dah beli rumah sebelah, jadi rumah kami kira dua bijik la, dinding kat tengah dipecahkan untuk sambung kedua-dua belah rumah. Alhamdulillah.

Dulu kami share satu bilik TIGA orang. Nasib baik lah kami ni tiga-tiga beradek perempuan. Sekarang aku duduk satu bilik sorang-sorang. Alhamdulillah. Kakak-kakak aku pulak share bilik sebab depa tak selalu ada kat rumah.

Dulu, satu meja study, share tiga orang. Sekarang, masing-masing dah ada meja sendiri. Masing-masing dah ada komputer/laptop sendiri. Alhamdulillah.

Dulu satu almari baju share tiga orang, sekarang masing-masing dah ada almari baju sendiri. Alhamdulillah. Almari kasut kat rumah ni pun besar macam almari baju =.=' Hehe

Dulu meja makan untuk EMPAT orang. Sekarang meja makan untuk ENAM orang. Alhamdulillah. Tu pun mak nak beli meja untuk SEPULUH orang. Agak-agak la mak, kita LIMA orang ja =.=' Makan sama-sama kat meja makan pun time bukak puasa ja. Time lain makan sendiri-sendiri. Sebab masing-masing ada jadual harian sendiri. Aku pun bukan makan kat meja, aku makan depan TV. Haha. 

Dulu broadband pun takdak. Then pakai broadband. Sekarang dah ada streamyx. Hehe. Alhamdulillah.

Actually banyak sangat perubahan. Sampai esok pun tak akan habis taip. Jadi cukup la banyak ni. Haha. Aku harap kemewahan yang tak seberapa ini, tak melalaikan aku. Tapi memang melalaikan pun. =.=' Baru sikit ja ni, kalau lagi mewah, tak tau la apa jadi kat aku. =.=' 

Alhamdulillah. Aku diberi petunjuk baru-baru ni. Aku dah tak tinggal solat macam selalu dah. Sekarang aku dah usaha untuk tak tinggal solat. Kematian arwah kawan aku baru-baru ni, buat aku sedar, ajal tak kenal umur. Bila-bila pun boleh jadi. Semuanya di tangan Tuhan. Jadi jangan terlalu leka dengan duniawi. Akhirat kena prepare jugak.


p/s: Cuba fikirkan perubahan hidup family korang. Jangan jadi spesies kacang yang lupakan kulit pulak :)