Sunday, October 30, 2011

Anak-anak Encik Amin.



Eh eh. Aku activate balik FB laaahhh! Haha. Tak tahan kot weyhh! Akhirnya lepas jugak rindu kat Facebook aku tadi. Hehe. Tapi tiba-tiba ada benda yang tak diundang datang. Kakak aku tak bagi online la pulakkkk! Tengok ni komen-komen antara anak-anak Encik Amin. Haha.



Actually, yang ni la yang aku cari, benda-benda yang menghalang aku online. So, aku takkan online selalu. Haha. Terima kasih Kak Ien ;D Kalau Kak Ien dok kat Penang, MEMANG CONFIRM ejin akan study hari-hari. Haha. Mak tiri :P

Saturday, October 29, 2011

Tanjung Dawai


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

Nampak tak? Nampak tak?

Aku menjejakkan kaki kat Tanjung Dawai hari ni weyh!

Okayyy. Aku dok buat terok. Hang ni buat malu orang Penang ja ejin =.='

Tapi eksaited gila. Selama ni dok dengar and melalak 'Tanjung Dawai' ni dalam lagu ja. Teringin jugak nak pergi kan. Tengok-tengok tiba-tiba lepas pergi kenduri dekat Sungai Petani tadi, abah and kawan abah pakat-pakat nak pergi Tanjung Dawai.

Tanjung Dawai ni bertentang dengan Pantai Merdeka. Hehe. Aku kalau boleh, nak naik bot kat situ, pergi Pantai Merdeka tu. Tapi apakan daya. Haha. Just duduk kat Jeti Tanjung Dawai tu makan Ais Kacang sambil menikmati angin laut dan bunyi deruan ombak. Awww! Awww! Okay buat teruk lagi. Biar laaa :P Aku ni jenis yang suka nature sikit. Aku suka hutan rimba, laut, sungai, air terjun, dan lain-lain. Hehe.

Eh eh. Tadi aku ada cakap kan pasal lagu? Ni la lagu dia. Lagu jiwangggg! Hehe.

Cinta Pantai Merdeka

( korus )
Ku ukir namamu di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai disitu Tannjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Wednesday, October 26, 2011

Eww.

Tajuk tak boleh pendek lagi ka ejin? Haha. Sekarang memang tajuk aku pendek-pendek ja. :P

Kata tak mau update blog sampai SPM, ni apa ni ejin? Ni entry keberapa entah hang update lepas hang kata hang takmau update dah haritu.

Haha. Biar la kat aku. Aku dah deactivate Facebook. :'( Blog ja la tempat aku meluahkan perasaan. Sebelum ni boleh la update kat status Facebook setiap hari, sekarang tak boleh dahhh :(

Ish, emo lebih la hang ni ejin! *Deyyy! Yang hang dok cakap sorang-sorang kat sini awat? Shuh shuh!*



Okay, berbalik kepada tajuk post ni. Eww? Apa yang ada dalam fikiran korang bila baca perkataan ni? Mesti la benda yang menggelikan kan kan kan? Hehe.

Nak ceritaa, semalam aku makan Kuey Teow Kung Fu. Korang tak pernah makan? Nanti pergi restoran mana-mana, try tau. Sedappppp!

Ini gambar daripada Encik Google yee;

Tapi kannnn, semalam aku makan kat satu restoran ni, aku tak pernah lagi makan kat restoran tu, so, nak try ja la. Tiba-tiba dia hidang kuey teow kung fu yang kuah warna koko. Aku pun makan ja la, sebab dalam otak aku, "Dah lapar, makan ja la, banyak songeh pulak hang ni ejin. Lagipun, lain orang, lain cara masakan kan?" Hehe. Dah habis licin satu pinggan. Aku pun balik la rumah.

Masa aku tidur kan, perut aku rasa kembong, rasa sakit sangat, tidur pun tak senang, pusing sana pusing sini. Last-last, aku rasa macam nak termuntah. Aku pun apa lagi, bangun dari katil lari pergi toilet. Tak sempat nak buka penutup jamban, termuntah atas lantai. Ewwwwwwww! Penuh lantai dengan kuey teow kaler merah. Macam darah kot. Tapi jangan risau, bukan darah, air sirap tuu. Haha. Serius geli gila. Mintak maaf, lupa pulak nak tangkap gambar semalam. Haha. Alah, buat macam korang nak tengok sangat kan? :P

Moral of the story:  Lepas ni aku takmau try makan kat kedai yang aku tak pernah makan lagi. Kalau orang kata sedap, baru aku try makan kat kedai tersebut. Heee.

Okay, azan Magrib sudah berkumandang. Byeee! Assalamualaikum~

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah.

Tok Kiah dah keluar dari Hospital Taiping petang tadi :)


Hari Isnin bangun ja tidur, mak kata, "Tok Kiah masuk hospital, nak ikut balik kampung tak?" Dengan mamunnya aku kata kat mak "Ha? Nak la. Tu ja satu-satunya tok yang ejin ada. Nak dok rumah ni buat apa?"

Then, pergi hospital, Tok takda la sakit serius sangat. Masalah perut. Yang lawaknya, mak pergi la jumpa doktor tu. Doktor tu macam doktor pelatih. Doktor tu punya la dok cerita dalam English. Mak kata nama penyakit pun dalam bahasa Inggeris, mana nak pi tau penyakit apa. Last-last, dapat tau, sebab Tok Kiah tak berak 5 hari. And tak makan 2 hari kot. Bila dah tua ni, sakit sikit pun, tak boleh ambil mudah, sebab boleh effect benda-benda lain jugak.

Tengok, pasal tak berak pun, penyakit kot. Jadi, yang berak tiap-tiap hari tu, tahniah, anda sihat :) 

Yang tak boleh belah tu, aku dengan selamba nya boleh pi tanya,
"Mak, kalau kentut tiap-tiap hari pun kira sihat la kan?"
Hahaha.





P/S: On phone sekejap, mungkin ada perkara penting, then salah satu mesejnya ialah.

"Hari ni genap 3 bulan Mira tinggalkan kita! Doakan keampunan untuk dia. Tolong beritahu kepada kawan-kawan dia ok. Tq. From Ayah Mira."

~ AL-FATIHAH buat kawan aku yang telah meninggal dunia 3 bulan yang lalu.

DEAR SURIATI



"LOVE.. A big sacrifice isn't it? You forgive and try to forget.. You know you'll cry but you still give it a try.. You're hurt but you still continue to love.. You were betrayed but you still hope.. And the next big hit; --You've been left but you still wait.."



Suriati, status hang sangat menusuk kalbu :'( 

Aku deactivate Facebook, aku off phone, tapi aku ada tinggalkan mesej kat hang kan? You know where to find me when you need me bestfriend :')

Aku online Facebook guna Lina punya Facebook sat ja tadi, ada keja sikit :)

Monday, October 3, 2011

October, please change me, please...

Assalamualaikum :)

Pejam celik, pejam celik, entry ni dah entry yang ke 100 dalam blog  ni :')

Macam-macam aku cerita kat blog, sampai aku pun tak ingat apa yang aku cerita. Hehe.



Sudah tiba masanya untuk aku mengundurkan diri. Ramai yang nasihatkan aku. Di sini saya selitkan nasihat yang baru saya dengar. *Cehhh, ayat skema =.='

Ahad baru-baru ni, tiba-tiba angah tanya soalan yang menusuk kalbu.


ANGAH: Ijin, bila ijin SPM?

AKU: Alaaa, jangan la tanya soalan tuu. Bulan sebelas.

ANGAH: Sekarang bulan sepuluh dah kan? Jangan jadi macam angah dulu. Angah sehari sebelum exam baru study, result tak semua A. Menyesal. Ijin kira okay la raya dah lepas, angah dulu lepas raya terus SPM. Cuti raya, bawak balik semua buku konon nak baca, tapi, satu buku pun tak sentuh.

AKU: Errrr. *terus tutup semua blog yang aku open in new tab. Logout Facebook.


Sentap hati mak nyah! Haha. Kali ni nak bertaubat betul-betul. Aku tak mau menyesal. Cukup la aku dah buang masa selama ni. Ni bukan masa untuk aku pikir yang aku dah lama dok buang masa. Sekarang masa untuk aku fikir macam mana nak score SPM nanti. In this 1 month. I hope I can change.


OCTOBER. Please change me. Pleaseeeeee.
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut yang mengubah nasibnya sendiri. Aku kena berubah, aku kena berubah :')


I will struggle in this month for you, SPM.
See ya in NOVEMBER, SPM.



P/S: Ni last update aku, nanti lepas SPM baru aku kembali ke dunia blogging ni. Doakan aku dan kawan-kawan berjaya dengan cemerlangnya dalam SPM nanti. :')