Monday, June 24, 2013

A day with her and Superman! ;)

Assalamualaikum semua! :D


So I went out on last Saturday with my high school bestfriend, Lina. And dia suruh update pasal dia kat blog ni. Haha XD "ejin! update kat blog tau, bubuh gambaq ni" haha :P


Sebenarnya kami plan nak keluar 3 orang, tapi Suriati my another high school bestfriend, tiba-tiba ada hal. Dia bagitau pun last minute, hari Jumaat. So, kami pun keluar ja la berdua sebab aku memang nak tengok Superman. Hihi. Walaupun Lina berubah angin tiba-tiba ajak tengok World War Z, aku tetap nak tengok Man of Steel! Haha. See Lina, tak rugi kan tengok Man of Steel? :P Best!


Sampai ja first avenue kami terus pergi beli tiket dulu.




Kami ada lebih dari 3 jam untuk spend time together. Lunch dulu sebab dua-dua belum breakfast, haha.  Lepas tu window shopping! ;D Dua-dua memang plan takmau shopping. Tapi akhirnya, aku tewas! Haha. Cotton On sale! Bila aku pergi ja mesti sale, saja ja Cotton On ni! Tapi angah ada cakap kat aku "Cotton On memang selalu sale, nanti p KL ajak la kawan ijin p Sungei Wang, Cotton On kat situ sale gila-gila." Nanti pergi KL wajib singgah Sungei Wang la nampaknya XD


Okay, ni Rubi Shoes yang aku beli, dia under Cotton On. Aku suka kasut ni. Selesa! Simple. Yang paling penting tak melecet. Walaupun takmau shopping tapi murah! RM15 only! So beli ja la, hehe. Aku beli dah kaler hitam last year. 




Lepas dah masuk keluar banyak kedai, kami dah tak larat window shopping, so, lepak-lepak dekat Payless. Try macam-macam kasut. Last-last camwhore la, apa lagi XD


Ni la Lina ;) Dia kata dia gemuk. Kalau hang gemuk aku apa weyh? Gemuk gedempol? Haha. XD Hang kuruih kot weyh!




And this is me. Falling in love with this wedges, tapi keras! Aigoo! Sakit kakiku memakainya. Lebih suka pakai flat shoes. 

Ni favourite shoes of the year, kata Lina. haha.




Masuk-masuk panggung Lina tak berhenti-henti batuk. Dok batuk ja. Risau jugak aku. Dia kata dia penat, memang macam tu. Then dah okay sikit dah. Lega aku.


Mula-mula Lina kata Superman buruk, tak hensem. Tengok gambar bawah ni. ada jambang. Haha. Then aku gelak la, aku kata, "rilek la, nanti dia cukuq la"




Harap maaf jika gambar tadi menggugat iman anda kerana muscle dia yang perghhh. Haha. Maaf! >.< Sebab aku tak tahan weyh! Cayaq teruih weyh! Setiap kali dia muncul kat skrin, dalam hati ni "perghhhhh" Hahaha. XD Dah ejin dah, sila kawal diri anda. XD


Pastu dah lama sikit, bila Superman dah dapat sut dia, terus hilang jambang. Lina kat sebelah aku "aaaaa, hensemnya!" aku gelak ja la bila Lina kata camtu. Pastu aku kata "Haaa, kan aku dah kata, mesti dia cukuq punya. Hahahaha" Pastu dia dok "awww sweetnya, awwww hensemnyaa" Aku gelak ja la, tak dapat menyangkal. Haha.




Amacam? Hensem kannn? Hihi. Gua bukan orang yang jenis pandai cakap tipu maa. Hihi.

Nama kat planet Krypton: Kal-El
Nama dalam cerita: Clark Kent
Nama sebenar: Henry Cavill

Muehehe.


Sapa tak tengok lagi? Sila la tengok! Best! Tak rugi! My adrenaline rushed a lot!




Last but not least, menikmati Chocolate Hazelnut Milk Tea Chatime dalam rapid penang. Always my favourite <3 Yummms!


P/S: Lina kena tahan wad hari Ahad. Tolong doakan dia cepat sembuh okay? Thanks people! ;)

Jerebu dah sampai penang baq hang! Jaga diri elok-elok penangites! :3

Wednesday, June 19, 2013

Cepatnya Masa Berlalu...

Assalamualaikum semua! :)


Cepatnya masa berlalu. Tak sangka akan secepat ni. Dah setahun lebih tak update blog ni. Sekarang aku tengah tunggu surat tawaran masuk U. Rasanya second week of july dah dapat tahu masuk U mana, and course apa. Harap sangat dapat course yang aku mintak. Kalau tak, redha ja la. Kita dah berusaha. Allah yang tentukan.




Allah dah sediakan kita jalan. Jalan yang mungkin kita langsung tak jangka kita boleh laluinya. Macam dulu time lepas SPM. Aku tak isi asasi sebab aku tak yakin diri. Tengok-tengok, aku masuk matrikulasi, aku tolak tawaran diploma yang memang aku nak. Padahal aku mintak matrikulasi saja-saja ja. Main-main jugak hang ni ejin, masa depan kot! ==' Hehe. Time nak decide masuk matrikulasi pun aku teragak-agak. Mampukah aku nak lalui fast track ni? Sekarang, aku dah habis belajar pun kat matrik. Nampak tak? Mungkin Allah memang dah tetapkan jalan ni untuk aku .


Kat bawah ni semua sticky note yang aku tampal kat dinding depan meja study kat matrik, agak-agak boring study, tak pun stress study, aku baca balik semua kata-kata semangat ni semua. Lagi-lagi study week, malas teramat sangat nak study. Haha. Last-last online ja kerja. Hahaha. So, kata-kata semangat semua ni membantu la jugak XD 



And, aku sangat suka kata-kata ni. Aku simpan dalam handphone. Bila rasa nak putus asa, Memang membantu. Inspire me alot.





p/s: hmm, tengah memupuk semangat blogging balik ni. InsyaAllah, aku teruskan update blog ni. Dah lama tak update, rasa kekok. hehe. kbye ;)