Thursday, June 23, 2011

Ke mana perginya semangat itu?

Hurm, esok raptai sukan untuk sekolah aku. Dan aku tak ada semangat langsung. =.='

"Mana p semangat yang ada dalam diri hang sebelum-sebelum ni ejin?"

Semangat di mana, aku akan terjerit-jerit tag line Nightingale [rumah sukan aku, BIRU]

"Knights! Knights! Nightingale! Go go go!"

Semangat di mana, aku akan terjerit-jerit
"Go Nightingale! Woooohhh!"

Semangat di mana, aku akan tepuk tangan dengan sekuat-kuatnya bila Nightingale menang sesuatu acara.

Semangat di mana, masing-masing lawan menjerit untuk rumah sukan masing-masing.

OH MY! I miss those moments. Precious moments. Now, semangat tu macam dah tak ada. Hilang lenyap entah ke mana. =.='

Sebab apa ya?

Mungkin sebab dulu bulan Februari dah sukan. This year, Kementerian Pelajaran dah tetapkan on June. So, memang semua students malas gila nak training dari awal tahun. Now, dah last-last minit baru semua kelam kabut. 

Second, sebab after 3 years buat hari sukan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, tahun ni buat dekat sekolah ja. Padang dengan tak rata. Sekarang musim hujan, padang lecah. And for sure akan ada participants yang akan jatuh.

Ya, aku tau, ni semua alasan semata-mata. Tapi, memang betul, aku tak da semangat nak lawan esok. Haih =.='

Come on la ejin, senior year ni. The last year. After this mesti hang akan rindu hari sukan sekolah. Appreciate this moment please. Do your best! Menang kalah adat pertandingan. Right?

Tahun ni tahun terakhir hang akan jerit untuk rumah sukan hang ejin. So, esok jerit dengan bersemangat!

"Knights! Knights! Nightingale! Go go go!"

p/s: Eh, tagline Nightingale tahun ni sama macam sebelum-sebelum ni kan? Kalau ada yang baru, serius aku tak tauuu! Sorry Nightingale. Hehe.

Monday, June 20, 2011

DOMO ejin kena buli. Haha.

Sekarang dah pukul 7.50. Aku tak mandi lagi. Kalau mak aku ada kat rumah sekarang ni, memang dia dah bising dah. Selagi aku tak mandi, selagi tu dia bising. Haih. Nak mandi. Tapi macam takda mood jaa.

Hari ni, hari pertama DOMO ke sekolah. Perghh! DOMO pun belajar weyh! Dia berada di sisi aku bersama-sama mentelaah ilmu pengetahuan. Haha.

Hari ni ramai kacau DOMO tu. Especially CIK LINA. Ada ka patut dia tumbuk-tumbuk DOMO aku? Tak patut tak patut. Haha.

Semua jadi macam childish hari ni.
Suriati boleh sembang dengan DOMO tu =.='
Lina pun sama =.='
Hafizah pun sama =.='
Yang lain-lain pun sama =.='

Ada ka patut depa marah aku tak bagi DOMO tu makan time rehat tadi =.='

Okay, kawan-kawan aku memang tuuutttt. Haha =.='

Agak-agak la weyh!

Okay nak buat lagi muka ni -----> =.='

Haha.

Geng-geng meja belakang aku ada pencil box zirafah and singa. Haha. Bagus lah. Depa dok main-main dengan ZIRAFAH, SINGA dengan DOMO hari ni. Haha.

Memang macam budak-budak! Haha.

Aku akan rindu kelas INTAN ni weyh! Julai kita kena streaming dah. Tukar-tukar kelas. Tak mau! Dah setahun lebih kita bersama :'(

Dulu masa sebelum cuti, cikgu kata streaming bila bukak sekolah. Bila bukak sekolah, cikgu kata, week lepas tu. Then, sekarang, cikgu kata bulan Julai pulak. CIKGU CIKGU, APA KATA TAK PAYAH STREAMING TERUS? Haha.

Nak buat luahan hati ni, ada ka patut depa bubuh nama aku dalam 3km jalan kaki, and lompat kijang. Ingat aku atlet kaa? Haih. Semput aku nak jalan kaki 3km. Last year 2km pun aku kalah. This year jangan harap la nak menang kan. Aku memang kena penuhkan tempat kosong jaa. Lompat kijang? OH MY ! Aku lupa dah macam mana nak lompat. Haih. =.= Depa boleh kata tadi kat aku, "Apa kata hang suruh kijang tu ajaq hang lompat weyh?" Haha. Kureng! 

Dah la sukan kat sekolah jaa! Padang tak rata la cikgu. Konfem banyak participants akan jatuh on raptai and hari sukan tersebut. Dah la raptai Khamis ni. Kena stayback sampai 4.30 petang. Huaaaa! Takmau!

p/s: Hari ni, memang banyak aku buat muka ni -----> =.='

Haha. K byeeeee!

Assalamualaikum~

Sunday, June 19, 2011

Bahagiaa!

Hari ni, perut aku bahagia gilaaa! Haha.

BREAKFAST:
Selepas bangun tidur, jangan tanya pukul berapa. Hehe. ymtt~

Milo bancuhan sendiri.
3 camca milo + 3 camca susu pekat + Air hangat + Air masak = Nikmat di pagi hari!

LUNCH:
At Pelita Nasi Kandar

Nasi putih + Ayam maduuu + Kuah campuq + Teh aissss = Terbaikkkk!

AFTERNOON TEA:
Tak da la tea sangat kan.

Just makan kuih onde-onde yang hangat-hangat baru di goreng. Jual kat bawah flat aku ja punn. Sedapp! Hehe. Drinks? Sirap pun jadi lah. Haha.

DINNER:
At Hammer Bay

Nasi putih + Tom yam campur + Ikan bakar + Sotong goreng tepung + Daging masak kunyit + Sayur kailan + Telur dadar = Ni 5 orang makan okay. Gila aku nak makan sorang-sorang. Haha. Kang tak pasal-pasal berat badan naik lagi. =.='

SUPPER?
Takkan supper punya. No way! But malam ni ya kot. 

Oreo Cheese Cake hasil air tangan Kak Ien. Nyum nyum. Haha.


Thankyouu Angah for this advance birthday gift. Pencil box domo! ;D

Monday, June 6, 2011

Andainya lelaki tahu.

Semalam, tiba-tiba sorang member aku tag aku kat notes Facebook. Aku pun bukak ja la. Then baca, awwww, so true! Baca la yang kat bawah ni ;D


Andainya lelaki tahu..
APABILA SEORANG PEREMPUAN JATUH CINTA,
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
APABILA SEORANG PEREMPUAN ITU MENGALIRKAN AIR MATA,
Itu bukan bermakna dia lemah,
Tetapi dia sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
APABILA SEORANG PEREMPUAN MARAH,
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
Tapi percayalah, itulah maknanya
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
Semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN BERCAKAP BANYAK,
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
Tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN BERKATA DIA MAHU ANDA BERUBAH,
Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
Bukan untuk dirinya,
Tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN CEMBURU DAN TIDAK PERCAYAKAN ANDA,
Bukan bermakna dia tidak sayang..
Tetapi dia terlalu sayangkan anda
Dan masih menganggap anda anak kecil
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN MERAJUK,
Jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
Atau hadiah sedozen,
Tetapi cukup dengan perhatian
Yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN JARANG MENGATAKAN "I LOVE YOU",
Itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
Tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
Bukan hanya hadir dari kata-kata
Tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN KATA DIA RINDU SAMA KAMU,
Dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN KATA LELAKI LAIN ITU LEBIH BAIK DARI KAMU,
Jangan percaya kata-katanya
Kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
Walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
Tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN MENJADI DEGIL,
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
Tapi dia mahu melihat
Sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
APABILA PEREMPUAN BERKATA,
“Tolong tinggalkan saya!”,
Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
Percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
Dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
Tersimpan seribu satu kekuatan
Yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
Tapi dia punya kekuatan tersendiri
Yang bisa menggoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
Dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda..


P/S: Tapi kan, ayat-ayat kat atas ni macam terlalu menyebelahi perempuan kan? Tak semua perempuan seperti di atas. So, ikutlah pendapat masing-masing. Yang pastinya, memang boleh dikatakan semua perempuan akan setuju dengan ayat-ayat ni. Sebab aku salah seorang yang setuju. Hee~ :)