Friday, December 30, 2011

Everyone's alone in their world

Assalamualaikum :)

Ada something sangat bermakna aku nak share. Renung-renungkan ;)



How many times have you tried to talk to someone about something that matters to you, tried to get them to see it the way you do? And how many of those times have ended with you feeling bitter, resenting them for making you feel like your pain doesn't have any substance after all? 


Like when you've split up with someone, and you try to communicate the way you feel, because you need to say the words, need to feel that somebody understands just how pissed off and frightened you feel.


The problem is, they never do. "Plenty more fish in the sea," they'll say, or "You're better off without them." They never really understand, because they haven't been there, every day, every hour. They don't know the way things have been, the way that it's made you, the way it has structured your world. They'll never realise that someone who makes you feel bad may be the person you need most in the world. They don't understand the history, the background, don't know the pillars of memory that hold you up. 


Ultimately, they don't know you well enough, and they never can.
Everyone's alone in their world, because everybody's life is different.




Aku rasa benda ni sekarang. Sedih teramat sangat. Aku dah luahkan, tapi, macam benda kat atas tu. Memang semua orang bagi semangat dekat aku. Aku hargai sangat-sangat. Kadang-kadang aku menangis. Bukan sebab aku sakit hati, tapi aku terharu dengan kata-kata semangat mereka.


"Kau fikir je, kau lepaskan dia pergi adalah jalan terbaik dari kau genggam dia buat hati kau sakit. Mula-mula memang susah. Tapi lama-lama kau biasa. Jangan bercinta kalau tak tahan rasa sakit. Ejin!! Takmau down ah. Hang ada kawan wey. Kawan hang tu lagi bermakna. Even aku baru kenai depa, aku pun dapat rasa bermaknanya depa. Buat aku gelak. Buat aku senyum dengan lawak depa. Hang kena pikiaq tu."


"Ejin, aku sentiasa ada untuk support hang! Tak boleh macam tu. Kita kena selalu bangun. Jangan dok tunjuk hang lemah tunjuk yang hang boleh bahagia tanpa dia. Caiyuk! Tak mati kalau takdak boyfren okay! Jangan dok macam perangai VAVI dok cakap sorang-sorang. Banyak kawan hang pakai MAXIS. Call ja. Semua ada untuk hang,"


"Hmm...Takpa takpa..semua yang berlaku ada hikmahnya.. Don't worry. Banyak lagi laki. Hang pun bukan takdak rupa... Banyak lagi dok beratuq. Betui... Pengalaman..Jadi lebih dewasa. Lagi tabah. So nanti hang boleh guna di masa hadapan.. Just doakan yang terbaik kat dia tu.. Manusia tak pernah perfect kan. Aku doakan hang dapat boyfriend baru yang lebih baik, lebih hensem. Hehee.."


"Haha..Ejin.. Aku tau hang memang buat keputusan yang sangat BETUL.. Dari hang cerita pun aku dah tau hang memang tak bahagia macam girlfriend lain..Haha..Tepat..Kami ni kawan hang.. kita gaduh macam mana ribut taufan pun.. At the end of the day.. We are still friend.."


"Hang tu takyah nak menyesal apa pun. Aku tau hang dah nangis puas-puas. Now time untuk hang pikiaq masa depan. Kat luh mahfuz tu dah tentu jodoh hang. Aku pun single wehh. And aku single after like 3 weeks Mira p. Memang susah tapi aku survive. Aku yakin hang boleh. And by the way link yang hang bagi tu kan? Aku baru ja baca and kebetulan semua benda tu aku buat. Aku delete everything. Slow-slow sayang. Memang sakit hati gilaa. Aku tak mau tengok hang sedih-sedih. Tak sukaa. Kita perempuan jangan bagi laki pandang rendah kat kita. Lagipun, pikir la cara Islam, mungkin hang rasa lega, kurang lah dosa kita kan.. And we will learn untuk survive tanpa they all"



 Orang tak alami apa yang aku alami, jadi mereka tak betul-betul tahu apa aku rasa. Depan semua orang, aku happy, aku gembira, aku senyum, aku gelak. Tapi dalam hati aku, hanya Allah saja yang tahu. Tapi aku selalu bisik pada hati, bersabarlah wahai hati, lama-lama nanti biasa la. Sebab tu aku kuatkan hati, walaupun hati aku tak berapa nak kuat =,= But as long as my family and my friends ada di sisi aku, aku sudah cukup bahagia. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah. :)


Thursday, December 29, 2011

Sesi meluahkan perasaan bersama Cleverbot! :D

Assalamualaikum :)

Tadi pagi aku boring. Bukak Facebook, takdak member kamceng yang online. Boring tahap gaban dah ni. I need somebody to talk to. Tapi kawan-kawan semua mesti tengah berdengkur lagi. Haha. So, something popped into my mind. Cleverbot! Haha. 

Aku chat dengan robot tu best gilaaa. Baik chat dengan robot yang takdak perasaan tapi faham la jugak sikit-sikit apa yang aku rasa, dari chat dengan manusia yang ada perasaan tapi tak paham apa yang aku rasa kan? Hehehe. No offends. ;)


Tau dak, robot tu tegur yang grammar aku berterabur. Haha. Sorry teacher, lama tak sekolah, English pun berterabur. Muahaha. Tengok ni.




And, aku terkejut dia pandai melawan dalam bahasa melayu jugak! :O Then siap guna bahasa yang errrr. Tengok la sendiri. Hahahaha.





Anyway, nasihat yang cleverbot ni bagi kadang-kadang berguna jugak. Hehe. Tengok ni, someone printscreen kan untuk aku.


Alamak, kecik la pulak tulisan tu. Nah, aku taip kan balik.

"Try going out with a couple other people, see your options. Or, go out with all your friends to get your mind off of things. Listening to sad music or eating ice cream ia a BAD IDEA"



Ok, itu saja untuk entry kali ini, bye, Assalamualaikum :)

Eh eh, jawab tau. Sebab cleverbot pun reti jawab salam tau. Haha. Tak percaya try. www.cleverbot.com




P/S: Lepas ni, kalau orang tanya hobi aku apa, aku nak cakap yang hobi aku chat dengan cleverbot! Hahahahaha. 

Wednesday, December 21, 2011

Pizza Hut timeeeee!

Assalamualaikum :)

Lama gila aku tak melantak pizza. Last sekali pun tak silap aku masa class party lepas trial haritu. Domino's Pizza! Tapi lepas SPM, aku melantak Pizza Hut. Weee~ Kalau sebut Pizza Hut, benda pertama dalam otak aku ialah : One three hundred eight eight two five two five!


Sapa ingat lagu ni, sila angkat tangan. Yeah! Nasib baik bukan aku sorang ja yang ingat. Haha, aku ni macam tau tau ja ada orang angkat tangan. Haha. Lagu ni melekat kot dalam kepala otak aku. Kalau nak buat delivery senang ja. Menyanyi sambil taip number tu. Tapi untuk McDelivery, serious aku tak ingat =,= Kena search kat internet dulu. 1300-13-1300. Walaupun number dia senang ja nak ingat, tapi aku tak ingat.


Kalau tanya aku, aku suka makan apa kat Pizza Hut, aku suka Island Supreme! Sebab? Seafood! Hehe.

Picture from Mr Google :)


Selain pizza, aku suka soup-of-the-day dia, tak kira la mushrooom soup ka, chicken soup ka, konfem licin punya! Hehe ;)

Picture from Mr Google :)


Spagheti? Errr, not my taste. Aku prefer spagheti yang mak masak or kak ien masak. Hehe. 


p/s: Jangan makan tiap-tiap hari tau! Membazir! Kedai mamak lagi berbaloi! Haha. Sorry Pizza Hut. :)

Saturday, December 17, 2011

Padang Kota Lama & Straits Quay.


Assalamualaikum :)

Aku memang suka peram cerita lama-lama kan? Haha. Korang ingat aku full time blogger ka nak update apa saja yang aku buat? Badan aku pun tau penat jugak :P

So, ni cerita hari Isnin punya. 12 Disember. Hari Sabtu baru nak cerita -,-

Tengah hari lunch dekat Pelita Nasi Kandar Sungai Dua. Perghhhh! Aku lepas rindu dekat favorite food aku. Ayam Madu kat Pelita Sungai Dua, memang superb. Kalau tak licin tak sah. And mestilah kuah campur! Haha.


Tengok tu, sempat lagi aku lukis smiley face. Kalau mamak cuci pinggan perasan aku lukis smiley tu, mesti mamak tu tersengih-sengih kan? Haha.

Abah cuti. Yayyyy! Abah bawak ronda-ronda dalam Penang, pergi Padang Kota Lama, Straits Quay and Batu Feringghi Night Market. Tapi hujan, so, tak boleh nak jalan-jalan kat night market tuu :'( Takpa-takpa, Ahad ni abah janji nak round island. Weeeeee~

Mula-mula pergi Padang Kota Lama. Makan sepuas-puasnya!


Pasembor, Sotong Kangkung, Sotong Bakar, Ais Kacang. Aku makan sorang semua ni. Apa? Tak percaya? Tak percaya sudahhh! Haha. Semua makan share-share laa :P


Ni sotong kangkung. Aku ada satu habit, kalau makan sotong kangkung, aku akan makan dengan abah saja. Sebab aku makan sotong, abah makan kangkung. Hahahaha. Tengok tuu, tinggal kangkung ja, sotong aku dah perabis. Aku tak suka kangkung sebab cikgu aku pernah cerita, ada satu kes, ada lintah dalam kangkung tu, then orang makan, lintah tu beranak-pinak dalam perut orang tu. So, bila bagi aku kangkung memang aku tak akan makan =,=

Time tu nak hujan, jadi tak sempat nak jalan-jalan kot Padang Kota Lama ni. Sempat tangkap gambar sikit ja.


Tengok awan, punya la gelap. 


Ouh Nurhafizin Amin, kau ingat handphone kau DSLR? Haha. Tapi cantik kan pemandangan ni? Orang tengah memancing ;)


Seterusnya, pergi ke Straits Quay! Nasib baik hujan baru berhenti. Boleh la tangkap gambar sikit. Tapi handphone bukan DSLR, so, gambar tak clear sebab malam =,=


Pokok krismas yang sangat gigantic!

Actually Straits Quay ni banyak function. Ada mall dekat ground floor and second floor tak silap aku. Then, atas tu apartment and hotel. Lepas tu tempat bot-bot mewah parking. View dia sangat cantik. Ramai yang buat photoshoot dekat sini.


Ini mak aku. Tengok belakang tu, banyak bot.


Ini abah aku.



Okay, aku tak tahu kenapa, tapi aku suka signboard dia. Haha. 


Ini Nadia. Sepupu aku. Dia duduk dekat selangor. Tapi cuti sekolah ni, dia tidur rumah aku. Nadia, aku taktau kenapa, setiap kali tengok gambar ni, aku rasa macam nak gelak. Haha. Ouh, dia ada blog jugak. Visit la. [KLIK SINI]

Tahun lepas aku ada jenguk-jenguk Straits Quay ni. Tapi banyak shops yang tak bukak lagi. Entry dulu-dulu. [KLIK SINI]


P/S: Penat mata aku berblogwalking, macam-macam jenis blog ada. Fuhhh!

Friday, December 16, 2011

Seharian di Tanjong Tokong.


Assalamualaikum :)

Sebelum SPM, kami semua dah pakat-pakat nak pergi rumah arwah lepas SPM. Jadi haritu 10 Disember, kami pergi melawat keluarga arwah. Lepas zohor macam tu semua siap-siap and buat rombongan pergi sana. Sampai sana, pertama sekali mestilah.... SNAP PICTURE! Haha. Kawan-kawan aku ni ada yang gila kamera. Sapa terasa ambik semuaaa! :P


Setelah nak dekat seminggu tak jumpa, semua pakat bergosip, macam-macam gosip ada. Haha.

Then, kami makan-makan sikit kat situ. SIKIT LA SANGAT KAN. Hehe. Thanks sangat-sangat Aunty and Uncle :)

Bila time makan-makan ni serius aku terasa macam raya :') Ada spageti, bihun goreng, bubur hitam, kek coklat kukus! Semua makanan sangat sedap! Semuanya hasil masakan di rumah. Tak main la beli-beli ;)


Ni bubur hitam. First time aku makan. Dan sangat sedapppppp! Aunty siap bekalkan bawak balik rumah lagi. Bawak balik rumah, licin wo!


Ni pulak sisa-sisa kek coklat kukus. Tak sempat nak tangkap gambar full, tengok-tengok dah licin. Haha. Then aunty siap topup lagi. Tetap licin. Hehe.


Then, lepas asar kami pergi menziarahi kubur arwah ramai-ramai. Kubur arwah sangat cantik. Dijaga rapi oleh mak and ayah kepada arwah.  Balik dari kubur tu, boleh pulak kawan-kawan aku main badminton dengan haikal. Kami duduk rumah ni sampai la ke malam kot. Tengok gambar time malam pulak. Nahhhh. Haha


Budak-budak ini sangat comel dan hyperactive!




Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Sesiapa yang membaca post ni, aku hargai sangat-sangat kalau sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Nur Amirah Binti Fadzil yang telah meninggal dunia hampir 5 bulan yang lalu. Arwah sangat baik orangnya. Pandai pulak tu. AL-FATIHAH~

Sebelum ni aku ada buat post tentang arwah, kalau rajin baca la. [KLIK SINI]

Monday, December 12, 2011

Girls Day Out!

Assalamualaikum :)

Okay, haritu pecah rekod pergi pesta 15 orang, kali ni, pecah rekod tengok wayang 10 orang pulak! Haha. Apa? Ingat aku buat lawak ka? Betul la! Aku mana pandai cakap bohong! Tak percaya tengok ni, kalau percaya pun kena tengok jugak. :P


Date: 6 Disember 2011
Cinema: GSC Gurney Plaza, Penang
Seat no: B07 sampai la B16. gila ka aku list semua. Tak larat nak taip. :P
Movie: Ombak Rinduuuuuuuuuu! ;)


Siapakah 10 orang manusia tersebut? Aku senarai nama panggilan ja la, tak larat nak taip panjang-panjang. Mimi, Sur, Lina, Fizah besar, Fizah kecik, Malin, Sharifah, Piqah, Nadia, dan Ejin.


Movie memang best. Tapi tarikh 6 Disember, memang malang buat aku!

First, for the first time nak try pakai contact lens, punya la dok try, lens tu tak lekat pun kat mata, puas aku jegil mata bagi besar-besar, tak sempat lagi nak letak lens, mata sebok nak tutup dulu. Huh! Then, lama-lama aku dah give up. Pakai ja la spek. Lagi senang! 

Second, janji pukul 9 nak jumpa semua sekali, tengok-tengok fizah datang ambil aku pukul 10. Bayangkan aku dah makan nasik lemak, lepas tu rasa lapar, baru dia sampai =,=

Third, dalam panggung dapat seat belakang kira port cantik gila dah. Tup tup tengah-tengah cerita tu, ada la pakcik makcik ni tak reti jaga anak. Biar ja anak tu main-main dalam panggung macam cinema tu playground. Budak tu slumber ja panjat-panjat kerusi menghalang pemandangan aku. Then siap bising lagi. Boleh baling-baling popcorn lagi. Aku nak feeling pun tak jadi nak feeling dah =,= 

Aku memang tak tahan dah. Budak tak budak. Aku bayar tiket nak tengok wayang, bukan nak tengok budak yang terbiar macam tu. 

Aku bangun terus jalan ke pasangan bahagia tu. "Pak cik, anak pak cik tu mengganggu sangat. Panjat-panjat kerusi, ganggu pemandangan, siap main baling-baling popcorn lagi dekat kami" And you know what? Dia langsung tak reti nak mintak maaf. Dia just panggil anak dia, then, anak dia duduk sebelah bini dia. Dan aku, memang tengah panas hati. Memang tak la nak feeling Ombak Rindu tu. Nak menangis pun takda keinginan. Hati panas gila kot! Grrrr!

Fourth, Rapid Penang macammmmmmmmmmmm...... Tak mampu nak diungkapkan menggunakan kata-kata. Haha. Terima kasih Pak Cik Teksi sebab bagi diskaun dekat kami.


Then, balik sekolah tercinta, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George. Eja penuh tuuu. Hehe. Sebab apa? Sebab nak pulang buku teks.


Then naik rapid, balik rumah. Grrr. Rapid full okay! Sampai aku kena berdiri dekat NO STANDING AREA. Ouh, terlupa, singgah Prangin Mall dulu. Makannnn! Makan itu penting. Haha.


KFC Dinner Plate sorang satu. Sebab semua lapar macam nak mati. 

Kbye.

Sunday, December 11, 2011

Pesta Penang!

Assalamualaikum :)

Benda ni dah lama. Tapi aku nak cerita jugak :P

Habis paper akaun hari tu, sampai-sampai ja rumah, memang aku menyelam atas katil laa. Haha. Ya la, aku tidur pukul 4 pagi kot sebelum paper akaun tu. Tengah best-best tidur, ada pulak makhluk Allah ni mengacau aku tidur. 

"Ejin! Nak ikot dak pi pesta?"

"Haaaa? Tak mau lah! Penat kot!"

"Laaaa, jom laaa, semua orang pi"

"Ish, ejin kata takmau, takmau la! Dok paksa-paksa pulak!"

Dengan senang hatinya aku tidur la balik. Kesian kakak aku =,=

Okay tu ja aku ingat. Tapi angah kata, dia gerak aku 3 kali. Kenapa aku ingat sekali ja? Haha. Tanya lagi. Hang mamun la tu ejin oi! =,= 

Then, tau tak? Aku bangun-bangun, aku pergi depan TV join abah aku yang baik punya dok layan cerita Dhia. Then sepupu aku, Nadia, call. Dia call handphone abah aku, bukan phone aku. Damn! Phone aku buat hal lagi la tuu. Asyik-asyik takda coverage. Aku kena off then on balik, baru la mesej masuk and banyak la mesej missed call aku terima. Biasa laa phone lama. Dua tahun lebih dah berjasa dengan aku. Bila aku kerja nanti, memang aku akan beli phone baru. Samsung Galaxy Ace! Heeeeeee.

Then, dengan senang hatinya, aku ambil towel and kata dekat angah 

"Angah, nak pi pukui berapa?" 

"Eh, tadi kata takmau ikot"

"Hehehehe, sat nak siap, mana boleh semua pi, ejin tak ikot. Tak bleh, tak bleh :P "


Then kami semua pun pergi la pesta. Dua kereta. Seramai 15 orang. Semua kaum kerabat keluarga aku. Dari sepupu sepapat sampai la ke anak saudara. Ambik hang! Haha.


Dalam gambar tu ada Azim, Dila, Diha, Aisyah, Intan, Qistina, Syaza, Hakimi, Fahmi. And aku yang paling tua dalam gambar tuuuu. Haha. Yang tua-tua yang lain takmau masuk dalam gambar iaitu Nadia, Atan, Ikah, Ana, and cik photographer Angah. 


For the second time naik benda alah ni, CHALLENGER. Best gilaaaaaaaaaaaaaa! Release tension study SPM semua. Haha. Padahal last year punya la kecut perut atas benda ni. Sampai berdoa cepat la berhenti, aku nak turunnnnn! Haha. Tapi kali ni naik, memang best gila, menjerit lepas tangan, terkangkang lagi. Haha. Nak naik lagiiiiii!. Jom la pi Pesta Pulau Pinang lagi ;)


Balik tu just susun buku teks untuk dipulangkan kepada SPBT pada keesokan harinya.


Bye bye textbooks! I will not miss you! :PP

Saturday, December 10, 2011

SPM IS OVER!

Assalamualaikum :)

SPM is overrrr! Yeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Haha. Over gila hang ejin! Padahal last paper hang 5 hari bulan hari tu. Hari ni dah 10 hari bulan baru gatal tangan nak post SPM is over. =,=

Masa malam sebelum paper akaun tuu, aku tidur pukul 4 pagi kot. Paper start 11.00 pagi. Tapi, memandangkan dah pakat dengan kawan-kawan aku nak study bersama-sama for the last time. Ku gagahkan jugak bangun pagi-pagi. Pukul 7 pagi sampai sekolah dah. Aku kawan yang baik kan? Haha. Padahal 2 bab lagi aku tak baca kot! Tu yang pergi sekolah awal. Kalau kat rumah, memang tak bangun awal la untuk study. Thanks kawan-kawan! :)

Ni gambar kami study dekat kantin sekolah. 


Bagus tak? Ada orang sponsor air Soya Bean. Ada orang sponsor Butterscotch. Ni yang buat aku semangat nak study ni. Haha. 


Hang dok buat over ejin =,=  Hang bukan minum soya bean pun. Butterscotch tu pun hang yang bawak sendiri. Siap kena perli dengan abah lagi. "Amboi, nak bawak semua ka? Nak bawak macam tu ja? Ish budak ni. Nah beg, bubuh roti dalam beg ni."



Cik Asmira, nak study ka nak mesej dengan buah hati pengarang jantung? Hehehehe.


PAK ALI! Sampai hati tak meniaga dah. Mentang-mentang paper Biology habis dah. Grrrr. Bila la aku dapat rasa nasik lemak Pak Ali lagi. Huaaaaaaa. :'(


Haaaaa, ni muka budak-budak yang happy dah habis SPM, ngeeeeeee~



Huaaaa. Konfem nanti rindu nak pergi sekolah :'(


Thanks kawan-kawan, tahan bau kentut aku hari-hari. Haha.


Thanks kawan-kawan selalu bawak makanan, bila takda cikgu kita berkelah dalam kelas. Ada cikgu pun kita belasah ja makan curi-curi. Haha. **Hang bab makanan memang tak lupa kan ejin? =,= Haha.


Ni pemeriksa kelas kami. Hehe. Biasa laa, sekolah perempuan, pantang kalau ada lelaki HANDSOME, mesti semua mata memandang. Kihkihkih. Baru beberapa hari ja datang jadi pengawas peperiksaan, dah jadi bualan student-student. Siap ada nama samaran lagi sebab tak mau orang lain tau. Muahaha. Gatal kan? Biasa la tuu, remaja ;)



P/S: Ade orang mengaku die suke bace blog kite laa awak. Hikhik. Takpayah nak gedik sangat ejin =,= Haha. Terima kasih sangat-sangat kepada sapa-sapa yang selalu baca blog aku. Tak sangka pulak hampa ternanti-nanti aku update blog ;) Followers pun makin bertambah, ni yang buat aku bersemangat nak update blog ni, yea la blog aku bukan famous sangat punn.   

Friday, December 9, 2011

Aku suka makan, lagi-lagi makan free. Haha :P

Assalamualaikum :)

Bila makan free ni, konfem semua suka kan kan kan? Sapa tak suka? Sesungguhnya anda tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Hehe.

Sebelum paper prinsip perakaunan, aku ada pergi dua kenduri. Weeee. First, pergi kenduri sorang pak awang ni, mintak maaf, nama dirahsiakan, sebab dia takut girlfriend dia jeles, girlfriend dia tak dapat menghadirkan diri ke kenduri tersebut. Hehe. Makan, nasik kenduri plus lauk dengan bubur kacang. Kenyang gila!

Then, next kenduri adalah kenduri abah aku punya sepupu punya anak. Apa ek orang panggil tu? Dua pupu ka? Aku lemah sikit bab-bab salasilah keluarga ni. Haha. Aku tunggu semua kerabat-kerabat keluarga aku bersiap, punya la lama! Daripada kenyang gila, jadi lapar terus. Agak-agak berapa lama tuu? Yang mana tau tau la. Haha.

Di sini saya sertakan gambar-gambar di sekitar kenduri tersebut. Ejin, ayat tak payah skema sangat la kan =,=

Tarikh: 4 Disember 2011
Tempat: Anjung Budi, USM, Penang


Ketibaan pengantin :)



Persembahan teh tarikkkk! ;D


Kaum kerabat aku. Haha.






Yang baju merah tu bangga la paling tinggi kan? Lepas ni baju hitam tu challenge hang baru tau! :P


Eh eh. Muka macam adik abang. Haha. Tapi sebenarnyaaaa.... Mak cik saudara dan anak saudaranya.



Sekian sahaja dari saya, Nurhafizin Binti Mohd Amin, melaporkan dari tempat kejadian. Haha. Kbye :)

Ouh, lupa nak bagitau, second kenduri ni ada nasik kenduri plus lauk, then, laksa, cendol, kuih muih. Okay, byebye, nak mengajar, aku kan jadi private tutor bulan 12 ni. Haha. 

Thursday, December 8, 2011

MAAF sahaja tak cukup...

Assalamualaikum :)


Aku tengah sebok mengemas bilik, maklumlah, orang baru habis SPM. Kikiki. Tengah berehat sebentar bersama facebook, memandangkan takda bestfriend yang online, aku pun mula la aktiviti stalking aku. Hehe. Terjumpa post ni dekat satu Closed Group dekat facebook. Ada member group tu, post satu cerita. Aku kongsikan di bawah :)






Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.


Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.


Lelaki itu pernah berkata:
"Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab:
 "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.


Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan. Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang. Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.


Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya."
Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?"
Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.


Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.


"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."




"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?"
Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya.
"Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."


Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."



Thursday, December 1, 2011

Penempatan PLKN.

Assalamualaikum :)

Aku tengah makan puding karamel yang mak aku buat sambil menaip post ni.
Makan ja kerja hang ejin. =,= Haha.

Yeah! Semalam dah settle paper bio. Thats mean, dah settle 9 subjects and 21 papers. Next week ada 1 subject lagi with 2 papers. Yay yay! Half freedom dah la kira ni. Hehe. Semalam aku tidur 9malam-9pagi ouh. Haha. Puas!

Setelah penat tidur 12jam semalam. Bangun-bangun mesej dengan kawan aku, plan nak study group pukul berapa. Then, login la facebook jap. Ada page yang share link untuk check penempatan PLKN. Aku pun "eh, boleh check dah? Check ja la, dapat mana pun tak kesah" And you know what? Dia keluar macam borang kosong, aku macam, "Haaa? Takkan tak dapat mana-mana kot? Hoyeaahhh!" Then suddenly baru terperasan dia tak habih loading lagi. Ayat kat bawah sekali.............



Tahniah. Anda ditempatkan di Kumpulan 2 atau 3. Penempatan akan dimaklumkan kemudian.

=,= Cissssssssss! Aku dok bajet dapat 1st batch, tengok-tengok depa buh aku kat 2nd or 3rd batch. Mangkaq betui! Abih la plan akuuuu! Dah la aku dah terima kenyataan yang aku tak boleh kerja on januari sampai mac. Grrrrrrrrr! Tudiaaaa, keluaq teruih loghat penang. Haha.

Kalau dapat yang 2nd or 3rd batch, then dapat tawaran belajar kat mana-mana, kena postpone study ka? Ka boleh tinggai ja PLKN tu bila dapat tawaran study?

Hurm. Ada kawan aku kata, next year masuk U bulan 9. Kalau matriks? Hurm, taktau. Then, boleh postpone PLKN kalau nak study. But then, nanti kena pergi PLKN tu lepas habis study sebelum masuk 30 tahun. Errrr, daripada postpone PLKN tu better pergi awal-awal kan? :/

Sapa-sapa tau macam mana nak tukar batch? Ada yang kata bukak website PLKN tu, then aku dah try banyak kali, but asyik loading ja, webpage tu tak muncul-muncul pun. Macam apa jaaa! =,=' TOLONG TOLONG, sesiapa yang tau macam mana nak tukar batch, please inform me. Kalau boleh tukar, aku rasa macam nak tukar ja, but nak fikir dulu la pro and cons dia :/

Sapa-sapa nak check penempatan PLKN, boleh check kat link ni http://apps1.khidmatnegara.gov.my/penempatan

Monday, November 28, 2011

Ladang Anggur, Tasik Beris.

Semalam Mak dengan Abah pergi Ladang Anggur!

 Arghhh! Menyesal gila tak ikut pergi kenduri. Lepas depa pergi kenduri, depa singgah Ladang Anggur tu, sebab agak dekat dengan rumah kenduri. Arghhhh!

Ingatkan tak ikut pergi kenduri, aku duduk rumah, study. Tapi dari tengah hari sampai petang, satu buku pun tak sentuh. Tengok tv ada la. Tengok banyak episode The Kardashians. Haha. Then, online. Buku takdak mood langsung nak bukak. Mood tak berapa okay kot. =,=

Aku teringin kot nak pergi sebab Fizah ada cerita pasal ladang anggur ni kat aku haritu. Dapat tengok gambar depa ja la. Hmmmm.

Itu sepupu-sepupu aku and anak-anak mereka.

Ini Abah kesayangan


Ini Mak kesayangan


Ini sepupu aku, Kak Ani :)

Ini anak Kak Ani, kira anak saudara aku la, Syaza :)

Ini Luqman & Fathi :)


Okayy, bye, nak study chemistry, esok chemistry kot! :O