Assalamualaikum :)
Okay, haritu pecah rekod pergi pesta 15 orang, kali ni, pecah rekod tengok wayang 10 orang pulak! Haha. Apa? Ingat aku buat lawak ka? Betul la! Aku mana pandai cakap bohong! Tak percaya tengok ni, kalau percaya pun kena tengok jugak. :P
Date: 6 Disember 2011
Cinema: GSC Gurney Plaza, Penang
Seat no: B07 sampai la B16. gila ka aku list semua. Tak larat nak taip. :P
Movie: Ombak Rinduuuuuuuuuu! ;)
Siapakah 10 orang manusia tersebut? Aku senarai nama panggilan ja la, tak larat nak taip panjang-panjang. Mimi, Sur, Lina, Fizah besar, Fizah kecik, Malin, Sharifah, Piqah, Nadia, dan Ejin.
Movie memang best. Tapi tarikh 6 Disember, memang malang buat aku!
First, for the first time nak try pakai contact lens, punya la dok try, lens tu tak lekat pun kat mata, puas aku jegil mata bagi besar-besar, tak sempat lagi nak letak lens, mata sebok nak tutup dulu. Huh! Then, lama-lama aku dah give up. Pakai ja la spek. Lagi senang!
Second, janji pukul 9 nak jumpa semua sekali, tengok-tengok fizah datang ambil aku pukul 10. Bayangkan aku dah makan nasik lemak, lepas tu rasa lapar, baru dia sampai =,=
Third, dalam panggung dapat seat belakang kira port cantik gila dah. Tup tup tengah-tengah cerita tu, ada la pakcik makcik ni tak reti jaga anak. Biar ja anak tu main-main dalam panggung macam cinema tu playground. Budak tu slumber ja panjat-panjat kerusi menghalang pemandangan aku. Then siap bising lagi. Boleh baling-baling popcorn lagi. Aku nak feeling pun tak jadi nak feeling dah =,=
Aku memang tak tahan dah. Budak tak budak. Aku bayar tiket nak tengok wayang, bukan nak tengok budak yang terbiar macam tu.
Aku bangun terus jalan ke pasangan bahagia tu. "Pak cik, anak pak cik tu mengganggu sangat. Panjat-panjat kerusi, ganggu pemandangan, siap main baling-baling popcorn lagi dekat kami" And you know what? Dia langsung tak reti nak mintak maaf. Dia just panggil anak dia, then, anak dia duduk sebelah bini dia. Dan aku, memang tengah panas hati. Memang tak la nak feeling Ombak Rindu tu. Nak menangis pun takda keinginan. Hati panas gila kot! Grrrr!
Fourth, Rapid Penang macammmmmmmmmmmm...... Tak mampu nak diungkapkan menggunakan kata-kata. Haha. Terima kasih Pak Cik Teksi sebab bagi diskaun dekat kami.
Then, balik sekolah tercinta, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George. Eja penuh tuuu. Hehe. Sebab apa? Sebab nak pulang buku teks.
Then naik rapid, balik rumah. Grrr. Rapid full okay! Sampai aku kena berdiri dekat NO STANDING AREA. Ouh, terlupa, singgah Prangin Mall dulu. Makannnn! Makan itu penting. Haha.
KFC Dinner Plate sorang satu. Sebab semua lapar macam nak mati.
Kbye.
0 Comment:
Post a Comment