Assalamualaikum :)
Sebelum SPM, kami semua dah pakat-pakat nak pergi rumah arwah lepas SPM. Jadi haritu 10 Disember, kami pergi melawat keluarga arwah. Lepas zohor macam tu semua siap-siap and buat rombongan pergi sana. Sampai sana, pertama sekali mestilah.... SNAP PICTURE! Haha. Kawan-kawan aku ni ada yang gila kamera. Sapa terasa ambik semuaaa! :P
Setelah nak dekat seminggu tak jumpa, semua pakat bergosip, macam-macam gosip ada. Haha.
Then, kami makan-makan sikit kat situ. SIKIT LA SANGAT KAN. Hehe. Thanks sangat-sangat Aunty and Uncle :)
Bila time makan-makan ni serius aku terasa macam raya :') Ada spageti, bihun goreng, bubur hitam, kek coklat kukus! Semua makanan sangat sedap! Semuanya hasil masakan di rumah. Tak main la beli-beli ;)
Ni bubur hitam. First time aku makan. Dan sangat sedapppppp! Aunty siap bekalkan bawak balik rumah lagi. Bawak balik rumah, licin wo!
Ni pulak sisa-sisa kek coklat kukus. Tak sempat nak tangkap gambar full, tengok-tengok dah licin. Haha. Then aunty siap topup lagi. Tetap licin. Hehe.
Then, lepas asar kami pergi menziarahi kubur arwah ramai-ramai. Kubur arwah sangat cantik. Dijaga rapi oleh mak and ayah kepada arwah. Balik dari kubur tu, boleh pulak kawan-kawan aku main badminton dengan haikal. Kami duduk rumah ni sampai la ke malam kot. Tengok gambar time malam pulak. Nahhhh. Haha
Budak-budak ini sangat comel dan hyperactive!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sesiapa yang membaca post ni, aku hargai sangat-sangat kalau sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Nur Amirah Binti Fadzil yang telah meninggal dunia hampir 5 bulan yang lalu. Arwah sangat baik orangnya. Pandai pulak tu. AL-FATIHAH~
Sebelum ni aku ada buat post tentang arwah, kalau rajin baca la. [KLIK SINI]
0 Comment:
Post a Comment