Wednesday, March 14, 2012

Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Assalamualaikum. :)

Maaf aku jarang update. Sibuk kerja. Tak cukup masa untuk diri sendiri. Inikan pula nak karang entry. Bila ada mood nak update, baru aku akan update. Sekarang tengah ada mood ni. Hehe. New post. New header. New song. New side picture. Wee~

Blog Dunia Sebelah Zara banyak bagi motivasi pada aku. Terima kasih Cik Zara! Dan aku suka penulisan dia. Puitis. Bermakna. Maksud mendalam. Dia sangat menjaga karyanya. Tak boleh senang-senang copy paste. Aku printscreen sikit kat korang ya.



Betulkan aku cakap? Bukak ni cepat dan follow ;) http://shafaza-zara.blogspot.com/ 


P/S : Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya  :P

Friday, February 17, 2012

Kalau aku dapat second batch....

Assalamualaikum :)

Aku kerja petang hari ni, nak update blog jap. Hahaha. Short update ja ;)


PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!

Tarikh Latihan PLKN

Siri 9/2012 :
Kumpulan 1 : 1 Jan 2012 - 17 Mac 2012
Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012
Kumpulan 3 : 9 Sept 2012 - 29 Nov 2012


Damn! PLKN selalu nak bagi aku sakit hati =,='

Sebelum ni aku expect dapat first batch, dah terima kenyataan tak boleh kerja, tengok-tengok dapat second or third batch. Now, second batch bulan mei pulak! Nasib baik aku tak hantar resign letter lagi kat bos! Aku plan nak berhenti kerja tengah bulan 3 sebab agak-agak PLKN awal bulan 4 =,='


Kalau aku dapat second batch, aku sambut birthday dalam kem. Yayyyyy! mandi tepung dengan telur apa kat sana =,=' haha.


Kalau aku dapat second batch, aku diterima masuk U, then aku kena postpone la PLKN. Alaaaaa, baru semangat nak masuk PLKN, hancur hatiku =,='


Kalau aku dapat second batch, aku boleh kerja lama lagi, duit masyuk lagi, shopping banyak lagi! Yayy! Haha. Ehem, boleh cuci mata banyak-banyak lagi. Hehehehe. :P


Kalau aku dapat second batch, aku boleh join Annual Dinner PEACE Collections kat Cameron Highlands! Yayyyyyyyyyyyy! Tak sabar nak bagitau kat kakak yang in charge kat branch aku. Weee~ Cameron Highlands, see you in April! 

Sekian sahaja dari aku, nak siap pergi kerja, see you olls later ;)

Wednesday, February 1, 2012

Hidup Bekerjaya!

Assalamualaikum :)

Tajuk hang tak boleh belah langsung ejin oi! Haha. 

Perasan tak aku jarang update blog? Sebelum ni selalu sangat update sebab boring taktau nak buat apa kat rumah. Now, aku dah kerja 2 minggu lebih dah. So, life aku agak busy sekarang. Life aku macam, bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, dah gelap, tengok TV, facebook sat, then tidur. Tu ja rutin harian aku. Kalau cuti? Tidur seharian di rumah. Ouh sangat nikmat! Hari ni hujan, lagi nikmat aku tidur tadi. Muahaha.

Aku kerja apa? Aku jadi Sales Promoter dekat
PEACE Collections. SIZE XS TO XXXXXXL!


Kerja dekat peace, jadi tangkap gambar mesti buat peace. Haha. Hari-hari saya suka peluk patung ini. Saya rindu patung ini, 3 hari dah tak jumpa dia, esok kita jumpa ya patung. Haha. Sebenarnya 2 hari aku kena transfer kat branch lain. Hari ni cuti, tu yang tiga hari tuu. Tu yang rindu. *Eleh ejin, sebenarnya hang tak rindu pun patung ni kan? Hang rindu benda lain. Haha. Rahsia :P

Haaa, nak kongsi something, aku terkejut bila tau dia ada sampai SERATUS TIGA PULUH TIGA branch kat Malaysia ni. Aku tak pernah dengar pun. Haha. Korang pernah? 

Kerja buat aku lebih berdisiplin. Err, sebenarnya sikit ja. Muahaha. Just, kalau shift pagi aku bangun awal, and aku try tidur awal so that dapat tidur paling kurang pun 7 jam. Sebelum ni malam-malam buta dok online ja, esoknya bangun time matahari dah terpacak atas kepala. Kira okay la kan? Berdisiplin la jugak. Hehe. 

And takdak la buang masa sorang-sorang. Aku merepek-merepek dengan kawan kerja. Dapat pulak kawan-kawan kerja yang gila-gila. Naik gila aku melayan perangai mereka hari-hari. And and, bukan takat member sekolah ja tau rahsia tentang "ammonia" kawan kerja pun tau dahhh! Hahaha. Korang tak tau? Bak kata Dato' Siti, Biarlah Rahsia :P Yang mana tau tau sudahhh :P


Ni, orang yang IN CHARGE kat branch aku. Kak Eton :) 24 tahun. Orang Kedah baq hangg!

 Acewah, minah ni pergi kerja pakai jersi Malaysia tuu. Haha. Suka hati i la, pakaian bebas :P
Janji sopan and kasut tutup :)


Ni pulak CASHIER and SALES PROMOTER kat branch aku. Ida. Sama umur dengan aku. Deme orang Perak. Kampung teman tuu. Tapi deme daerah lain. Hehe


Yang ni pulak Ika. SALES PROMOTER. Sama umur dengan aku jugak. Dia orang Kedah baq hanggg! Aku ja orang Penang :') 


And ni Kak Ayu. Dia orang atasan. Kadang-kadang datang buat spotcheck tengok kami kerja macam mana. Dia bab kerja sangat garang. Bila masuk bab melawak, memang melawak gila-gila! Haha.

Meh nak kongsi sikit pictures dengan korang.


Ni time Chinese New Year. Dia pakai cheongsam. Sangat comel ;)


Errr, kalau nak tahu, fon aku dah penuh dengan muka dia = =' suka sangat tangkap gambar perasan. Haha.


Ni la terjadi bila boring takdak customer. Haha. Gila punya orang.


See, aku tak tipu. Tengok belakang tu, size XS to XXXXXXL wooo!


Dia pun nak jugak pakai helmet terbalik. 


Peace yawww!


Peace lagi! Cepat cepat! Kita kan kerja kat Peace. Haha.


Last but not least, cantik kan kasut Nike aku? Hahahaha. Lepas ni nak pakai pergi Queensbay la. Cun pulak pakai dengan skinny jeans. Muahaha.



p/s: Cuba bukak webpage ni PEACE Collections . Mana nak tau ada yang berkenan di hati. Mai la beli kat aku, bagi sales aku banyak, dapat komisen. Hehehehe. Goodnite semua. Esok saya masuk shift noon. Boleh bangun lambat sikt. Wee.

Tuesday, January 31, 2012

Baby, you're a firework.

Assalamulaikum :)

Esok kite cuti la awak. Sorry ler kite tak update blog lame dah. Kakak kite marah sebab nuffnang tak bertambah. Muahaha. Kite dah dapat kerja dah awak. Dah kerja 2 minggu dah. Sebelum ni tanam anggur je, boleh la update selalu. Hihi.

Errrr, tak perlu nak kite awak kite awak sangat la! Haha. 

Esok aku update pasal kerja. Malam ni, pasal BUNGA API. Malam ni Chap Goh Mei ek? Bunga api punya banyak. Dah la LIVE dari tingkap rumah aku. Raya apa pun konfem ada bunga api punya. Paling kurang pun 30minit. Sampai dah jemu dah tengok bunga api. Muahaha.

Nahh, share gambar sikit ;)


Do you know that there's still a chance for you?
Cause there's a spark in you.


You just gotta ignite the light
And let it shine


Cause baby, you're a firework
Come on, show them what you're worth



Make them go, oh oh oh
As you shoot across the sky


Baby, you're a firework


Lepas tangkap gambar, banyak yang tak elok, lima ja pun yang elok. Maklumlah, aku mana mampu nak beli DSLR. Muahaha. Jadi, aku pun gatal tangan. rakam video. Ya la, tengok gambar ja mana puas kan? Nak dengar bunyi, bunga api tu bergerak macam mana. Kan kan kan? Aku memang sangat memahami. Haha. 

First time merakam, tengok-tengok video senget, aku ingat video boleh rotate, rupanya tak boleh. Haha. Nahhh, tengok video ni. Aku tengok LIVE tadi dari tingkap rumah aku. Heee. Sila sengetkan kepala anda. ;)



P/S: Yay yay! Esok cuti. Boleh tidur dengan nikmatnya. Weee~ Goodnight readers ;D

Tuesday, January 10, 2012

How to feel happy when you are feeling down?

Assalamualaikum :)

Wahh, lamanya tak update. Last post was LAST YEAR okay. LAST YEAR. Haha. Baru seminggu ja ejin oi =,=" Tapi permulaan tahun 2012 aku dah spoil. Dugaan. Banyak aku alami sepanjang seminggu ni. By the way, berterima kasihlah kepada pengalaman kerana pengalaman membuat seseorang itu boleh berfikir secara matang dan rasional :)


How to feel happy when you are feeling down? 
Kau saja yang tahu macam mana nak buat diri kau bahagia. Jangan nak harap dekat orang lain sangat supaya buat kau bahagia. Kau sendiri kena kenal diri kau. Apa kau suka, apa kau tak suka, kau tahu kan? Habis tu nak tunggu orang lain suruh, baru kau nak buat? Nak tunggu orang buatkan untuk kau?






Korang perasan tak post-post sebelum ni banyak yang menunjukkan aku down. Haha. Banyak benda aku buat sepanjang masa untuk merawat luka yang terpendam. Muahaha. Kenapa aku suka gelak kejam eh sekarang? Haha.



Ni antara benda-benda yang aku buat :)


#1 Holiday with family.
 Secara kebetulan, masa krismas haritu abah bawak pergi holiday. Cameron Highlands! Spent time dengan family sangat awesome! Sebab kami jarang dapat gather all 5 family members. Kakak sulung aku kerja kat KL. Mak abah angah sibuk kerja. Aku pun sibuk jugak, sibuk perabis duit. Muahaha. 




#2 Spent time with bestfriends
Sentiasa dengan kawan-kawan. Bila dengan kawan-kawan, aku sentiasa happy. Aku ni bila dengan kawan, senyum tak lekang di bibir. Cewah. Haha. Kalau aku marah pun, takdak sapa takut, kawan-kawan aku gelak ada la. Heh =,= Tapi budak-budak takut la dengan aku. Muahaha. Apa? Rumah jauh? Tak dapat jumpa? Facebook ada, chat, skype, and so on. Apa? Streamyx/Broadband tak bayar? Call la, message. Tak payah nak kedekut kredit sangat la. Bergayut dengan BOYAfren/GURLfren boleh pulakkk!




#3 Help someone in need
Aku nasihat kawan-kawan yang rasa down or patah hati. Sambil-sambil nasihat diorang, nasihat tu kena dekat batang hidung diri sendiri jugak. Haha. Dengar masalah kawan-kawan aku, benda tu buat aku terfikir, orang lain pun ada masalah, and ada sesetengah masalahnya lebih teruk dari aku. Aku hanya bantu yang termampu. Sambil tolong orang, sambil tolong diri sendiri jugak. Sambil menyelam minum air. Ye dak? ;)

Aku suka buat orang lain gembira, bila tengok orang gembira, aku pun rasa kegembiraan tu. Dengan semangat tu, aku bangkit, sentiasa bergembira, kerana dengan melayan perasaan yang down tu, korang akan down sampai bila-bila. Enough is enough. Tak payah buang air mata sebab sedih. Buang air mata sebab gembira lagi bagus.


#4 be grateful and appreciate what you have
Aku bersyukur. Bersyukur sangat-sangat. Bersyukur kepada Yang Maha Esa. Allah sentiasa ada dengan aku. Family sentiasa dengan aku. Kawan-kawan sentiasa dengan aku. Buat apa nak difikirkan benda-benda yang dah lalu and benda-benda yang menyedihkan kan? Baik fikir macam mana nak move on. Move on to a better  life. Hargai family, kawan-kawan yang sentiasa di sisi. Semua yang berlaku ada hikmahnya :)



#5 Eat a lot!
Bila rasa down or stress, makan benda-benda manis buat aku rasa bahagia. Cadbury, aiskrim, and so on :P Jadi aku makan banyak-banyak! Tak semestinya benda manis, fevret food pun sama jugak. Nasik Kandaq, Seafood, and so on :P .Kalau cerita pasal makan, sampai esok pun aku tak habis cerita. Hehe. Tapi makanan ni, aku rasa setiap masa aku makan banyak. Muahaha. Okay, aku memang suka gelak kejam sejak dua tiga menjak ni =,=




p/s: Aku senarai pendekkan ja, actually banyak lagi benda aku buat, nanti korang boring pulak baca banyak-banyak.  Heh, alasan ja kan ejin? Padahal malas dah nak menaip. Muahaha. Apa-apa pun, buat lah benda yang korang suka. Besides that, korang boleh cuba buat benda baru jugak. Contohnya, errr, takdak idea la. Tiba-tiba otak blank. Haha. Haaaaa, kalau korang jenis yang suka dengar lagu, tak payah la dengar lagu-lagu yang mendayu-dayu, dengar lagu yang seronok-seronok, macam kat blog aku sekarang ni. Hehehe.

Okayy, take care :)



Eh eh! Jap jap! Terlupa!




Aku mengidam macarons lama dah ni. Sapa-sapa baik hati belanja aku boleh? Hahaha.
Dekat first avenue kecik GILA, and mahai GILA. Tak berbaloi -,-