Assalamualaikum :)
Wahh, lamanya tak update. Last post was LAST YEAR okay. LAST YEAR. Haha. Baru seminggu ja ejin oi =,=" Tapi permulaan tahun 2012 aku dah spoil. Dugaan. Banyak aku alami sepanjang seminggu ni. By the way, berterima kasihlah kepada pengalaman kerana pengalaman membuat seseorang itu boleh berfikir secara matang dan rasional :)
How to feel happy when you are feeling down?
Kau saja yang tahu macam mana nak buat diri kau bahagia. Jangan nak harap dekat orang lain sangat supaya buat kau bahagia. Kau sendiri kena kenal diri kau. Apa kau suka, apa kau tak suka, kau tahu kan? Habis tu nak tunggu orang lain suruh, baru kau nak buat? Nak tunggu orang buatkan untuk kau?
Korang perasan tak post-post sebelum ni banyak yang menunjukkan aku down. Haha. Banyak benda aku buat sepanjang masa untuk merawat luka yang terpendam. Muahaha. Kenapa aku suka gelak kejam eh sekarang? Haha.
Ni antara benda-benda yang aku buat :)
#1 Holiday with family.
Secara kebetulan, masa krismas haritu abah bawak pergi holiday. Cameron Highlands! Spent time dengan family sangat awesome! Sebab kami jarang dapat gather all 5 family members. Kakak sulung aku kerja kat KL. Mak abah angah sibuk kerja. Aku pun sibuk jugak, sibuk perabis duit. Muahaha.
#2 Spent time with bestfriends
Sentiasa dengan kawan-kawan. Bila dengan kawan-kawan, aku sentiasa happy. Aku ni bila dengan kawan, senyum tak lekang di bibir. Cewah. Haha. Kalau aku marah pun, takdak sapa takut, kawan-kawan aku gelak ada la. Heh =,= Tapi budak-budak takut la dengan aku. Muahaha. Apa? Rumah jauh? Tak dapat jumpa? Facebook ada, chat, skype, and so on. Apa? Streamyx/Broadband tak bayar? Call la, message. Tak payah nak kedekut kredit sangat la. Bergayut dengan BOYAfren/GURLfren boleh pulakkk!
#3 Help someone in need
Aku nasihat kawan-kawan yang rasa down or patah hati. Sambil-sambil nasihat diorang, nasihat tu kena dekat batang hidung diri sendiri jugak. Haha. Dengar masalah kawan-kawan aku, benda tu buat aku terfikir, orang lain pun ada masalah, and ada sesetengah masalahnya lebih teruk dari aku. Aku hanya bantu yang termampu. Sambil tolong orang, sambil tolong diri sendiri jugak. Sambil menyelam minum air. Ye dak? ;)
Aku suka buat orang lain gembira, bila tengok orang gembira, aku pun rasa kegembiraan tu. Dengan semangat tu, aku bangkit, sentiasa bergembira, kerana dengan melayan perasaan yang down tu, korang akan down sampai bila-bila. Enough is enough. Tak payah buang air mata sebab sedih. Buang air mata sebab gembira lagi bagus.
#4 be grateful and appreciate what you have
Aku bersyukur. Bersyukur sangat-sangat. Bersyukur kepada Yang Maha Esa. Allah sentiasa ada dengan aku. Family sentiasa dengan aku. Kawan-kawan sentiasa dengan aku. Buat apa nak difikirkan benda-benda yang dah lalu and benda-benda yang menyedihkan kan? Baik fikir macam mana nak move on. Move on to a better life. Hargai family, kawan-kawan yang sentiasa di sisi. Semua yang berlaku ada hikmahnya :)
#5 Eat a lot!
Bila rasa down or stress, makan benda-benda manis buat aku rasa bahagia. Cadbury, aiskrim, and so on :P Jadi aku makan banyak-banyak! Tak semestinya benda manis, fevret food pun sama jugak. Nasik Kandaq, Seafood, and so on :P .Kalau cerita pasal makan, sampai esok pun aku tak habis cerita. Hehe. Tapi makanan ni, aku rasa setiap masa aku makan banyak. Muahaha. Okay, aku memang suka gelak kejam sejak dua tiga menjak ni =,=
p/s: Aku senarai pendekkan ja, actually banyak lagi benda aku buat, nanti korang boring pulak baca banyak-banyak. Heh, alasan ja kan ejin? Padahal malas dah nak menaip. Muahaha. Apa-apa pun, buat lah benda yang korang suka. Besides that, korang boleh cuba buat benda baru jugak. Contohnya, errr, takdak idea la. Tiba-tiba otak blank. Haha. Haaaaa, kalau korang jenis yang suka dengar lagu, tak payah la dengar lagu-lagu yang mendayu-dayu, dengar lagu yang seronok-seronok, macam kat blog aku sekarang ni. Hehehe.
Okayy, take care :)
Eh eh! Jap jap! Terlupa!
Aku mengidam macarons lama dah ni. Sapa-sapa baik hati belanja aku boleh? Hahaha.
Dekat first avenue kecik GILA, and mahai GILA. Tak berbaloi -,-
macarons mmg mahal hoish -,- haha
ReplyDeleteNice tips :)
moge kuat :)
ReplyDeletewah.,mengidam macarons jgk.,tp mahal yg amat! :)
thanks :) my life is better now :)
ReplyDeleteawww, macarons sangat sedap okay!