Thursday, July 28, 2011

Allah lebih sayangkan dia...

Isnin, 25 Julai 2011, kira-kira pada jam 8.20 malam~

Sedang aku enak menikmati kelazatan coklat Cadbury Dairy Milk Black Forest pemberian insan tersayang, di hadapan komputer sambil melayari facebook, tiba-tiba telefon ku berbunyi. 'Arghh.. Kacau ja.' Desis hatiku. Aku terus mencapai telefon ku yang berada di atas katil, dan duduk kembali di atas kerusi. Tertera nama "LinaAnasMom". Dalam hatiku, 'Eh, awat minah ni tiba-tiba call aku pakai nombor mak dia ni. Tak pernah-pernah pun. Selalunya pakai nombor rumah dia.'

Aku pun menjawab panggilan telefon tersebut. "Hello"

Kedengaran suara tangisan. Teresak-esak. "Ejinnn, Myra dah takdak..."

Pendengaranku tidak begitu jelas. "Ha? Mirul?"

Tangisan masih kedengaran. "Myra excident wey. Myra dah takdak."

Ya Allah. Aku tersentap. Dalam hatiku, 'Mira? Mira mana ni? Amirah Fadzil?'

Lina meneruskan esakannya. "Myra, sepupu aku. Dah takdak wey."

Ya Allah. Betul ka apa yang aku dengar ni? Nur Amirah Binti Fadzil. Berlegar-legar wajahnya di dalam fikiranku. Sudah setahun enam bulan aku satu kelas bersamanya.

Suara esakan masih kedengaran. "Wey, bagi kat aku nombor Fizah Idris."

"Okay. Okay. Sat aku mesej kat hang."

"Cepat tau"

Terus talian dimatikan.

Tangan ku terketar-ketar mencari nama Fizah Idris di contacts. Lalu ku hantar nombor tersebut kepada Lina. Otakku kosong. Aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku bermimpi kah? Aku terus terpandang ke Facebook. Ada yang wall post. Al-fatihah. Kemudian ada mesej yang ku terima dari rakan-rakan. Ya Allah. Benar. Innalillah hiwainnalillahirojiun. Otak ku kosong. Apa yang mampu aku lakukan ketika itu. Sebarkan berita tersebut kepada rakan-rakan.

Sayu hati ini membaca wall post terakhir arwah.
'Tak sabar nak puasa' 3 hours ago

Ya Allah. Fikiranku tak tentu arah. Sepanjang malam aku seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan. Banyak yang menghubungi ku malam itu. Aku jawab pendek sahaja. Banyak mesej yang ku terima malam itu. Aku bertanya pada Lina, Myra berada di mana ketika itu kerana aku ingin melihat wajah Myra buat kali terakhir. Myra berada di hospital untuk post mortem. Dengar khabar ramai sangat yang berada di Hospital Besar Pulau Pinang malam itu. Semuanya sabar menanti Myra. Aku tak dapat bayangkan berapa ramai orang yang berada di situ. Ahli keluarganya, rakan-rakan, guru-guru dan lain-lain.

Malam itu, aku tak berbuat apa-apa. Nasib baik tiada kerja sekolah. Ah, esok ada exam sivik. Ku capai buku teks sivik. Buka untuk membaca. Ah, tak boleh. Tak masuk otak pun. Baik aku tak payah baca. Buang masa. Buang tenaga. Sebelum tidur, aku hanya iron baju kurung sekolah kerana esok harinya ingin menziarahi arwah buat kali terakhir. Kemudian tidur. Ya. Aku memang tak dak perasaan langsung. Namun, terdetik di hati ini, bagaimanakah perasaan teman-teman karib arwah. Hafizah Idris terutamanya. Mereka berdua bagaikan kembar. Ke mana sahaja berdua~


P/S: Ini adalah kisah benar yang aku sendiri alami. Kepada yang membaca entry ini, aku amat hargai jika korang sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Terima kasih. Teruskan membaca.


Selasa, 26 Julai 2011, kira-kira jam 7.05 pagi.

Dengan berbaju kurung sekolah, aku turun dari bas dan menjejakkan kaki ke dalam sekolah. Ingin mengetahui sama ada kami boleh pergi menziarahi arwah. Akhirnya persoalan kami terjawab. Asmira datang. "Sapa yang nak pi tulis nama. Kita pi dengan bas sekolah. Exam sivik ditundakan." Tak ku sangka tak ku duga. Ternyata, hampir semua pelajar tingkatan 5 ingin menziarahi arwah. Semua meluru ke perkarangan sekolah. Ingin menaiki bas.

Kedengaran satu pengumuman, mengumumkan tentang kematian arwah. Kami semua menadah tangan dan menghadiahkan doa buat arwah. Aku menitiskan air mata. Berdoa bersama-sama rakan-rakan yang lain. Melihat wajah rakan-rakan yang baru tahu tentang pemergiannnya pagi itu.Ya Allah. Kau kuatkanlah hati kami semua.

Tetapi ternyata bas sudah pun dibooking oleh pasukan hoki sekolah untuk perlawanan mereka di Mutiara Impian, Seberang. Ambil masa untuk berpatah balik Mesti jem atas jambatan. Kami semua di arah untuk pulang ke kelas. Cikgu kata, nak pergi dengan parents boleh, tapi dengan kebenaran. Satu parents, boleh bawak pelajar-pelajar lain jugak, tapi kena tulis nama. Ada yang pergi menaiki van sekolah. 17 orang dalam van tu. Bayangkan. Naik kereta unser 12 orang. Semata-mata nak pergi menziarahi arwah. Aku pun berhimpit-himpit di dalam kereta milik emak kepada Sharifah Liyana. Terima kasih mak cik. Kami naik 8 orang dalam satu kereta.

Setibanya di rumah arwah. Kelihatan sekumpulan teman-teman rapat Myra. Ah. Sayu hati aku melihat wajah Fizah Idris. Bertambah sayu melihat wajah teman-temannya yang lain. Aku menjejakkan kaki ke dalam rumah arwah. Berdegup jantung ku ketika ada yang membuka kain yang menutup wajah insan. Menatap wajahnya yang putih. Sebahagian mukanya luka berdarah kesan kemalanganan tersebut. Aku hadiahkan Al-Fatihah buat arwah. Tidak tahu kali ke berapa aku doakan arwah ketika itu. Keluar daripada rumah tersebut, bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Menitis air mata ku. Ya Allah. Kau permudahkanlah teman-teman rapat Myra untuk terima keadaan ini.

Semakin lama, semakin banyak pelajar SGGS yang datang menziarahi arwah. Boleh dikatakan semua pelajar Tingkatan 5 datang menziarahinya. Penuh kawasan perkarangan flat itu dengan pelajar SGGS. Tidak kira melayu, cina mahupun india. Ya Allah. Kau memang baik Myra. Semua orang sayangkan kau. Kami duduk di suatu sudut, di atas tar, membaca surah yaasin bersama-sama buat arwah. kami menunggu di situ.

Kira-kira jam 10.00 pagi. Jenazah diangkat dan dimasukkan ke dalam keranda. Menitis lagi air mata ku. Melihat wajah-wajah yang menitiskan air mata, wajah ahli keluarga myra, wajah sahabat-sahabat karibnya. Jenazah dibawa ke surau berdekatan untuk disolatkan. Ketika itu, aku dan rakan-rakan yang datang bersama-sama denganku, membuat keputusan untuk pulang. Cukuplah mengiringi jenazah hingga ke surau.

Sampai di sekolah keadaan muram. Sepi. Aku tertidur dikala rakan yang lain sedang bersembang. Terjaga. Kemudian terpaksa untuk membuat ujian sivik. Aku jawab dengan lesunya. Ada ketikanya aku membaca soalan berulang-ulang kali kerana tidak dapat fokus. Kemudian pulang ke rumah, keadaan dalam bas, sepi.

Setibanya di rumah, aku mencapai coklat di dalam peti ais. Makan. Kemudian si dia menelefonku. Sepatah ditanya. Sepatah juga ku jawab. Mintak maaf awak. Saya tak mampu nak bercakap banyak. Sayu hati ini, terasa ingin menangis. Selepas Asar, aku berbaring di atas katil. Aku menangis sepuas-puasnya. Sehingga tertidur dengan linangan air mata.

Kira-kira pukul 7.30 malam. Abah menggerakku. "Nurhafizin, bangun. Nurhafizin, bangun! Dah Maghrib ni." Di saat itu, aku lega. Ya. Setelah aku pendam tangisan ini. Aku dah lepaskan segala-segalanya. Lega. Hatiku lega. Benar kata orang, jangan dipendam kesedihan terlalu lama, kelak memakan diri sendiri. Hatiku sudah lega.

Myra pasti happy di sana, kita di sini juga mesti happy, Myra mesti sedih melihat kita semua bersedih. Aku bersemangat kembali.


Rabu, 27 Julai 2011.

Sayu hatiku melihat wajah teman-teman karibnya. Ya Allah. Kau kuatkanlah hati mereka. Kau berikanlah kekuatan untuk mereka menerima semua ini. Keadaan sangat janggal hari ini. Ya Allah. Tiada gelak tawa dari kumpulan mereka. Sayu hati ini ya Allah. Yes. 'How they can survive with such a memory of her... She left too much of sweet memory behind.' Mereka begitu rapat sejak Tingkatan 3 lagi. Kalau aku jadi mereka. Pasti aku juga tidak mampu hadapi dugaan ini.

Myra seorang yang cantik. Myra sangat pandai orangyna. Myra seorang yang baik hati. Myra tak pernah bergaduh dengan aku. Myra seorang yang pendiam, tetapi sangat peramah bila di kenali. Myra tidak pernah kedekut ilmu. Dia pernah ajar aku addmath. Terima kasih sangat-sangat Myra. Hang memang kawan yang sangat baik.

My dear Amirah,
Aku akan rindukan senyuman hang. Aku akan rindukan gelak tawa hang. Aku akan rindukan suara hang. Aku akan rindu perli hang "Butang" Aku akan rindukan hang setiap kali melihat meja hang di depan meja guru tu. Aku akan rindukan hang Myra. Aku yang tak rapat sangat dengan hang pun terasa dengan kehilangan hang. Pasti mereka yang rapat sangat-sangat-sangat terasa dengan kehilangan hang. Aku sayang hang Myra. Mereka sayangkan hang Myra. Ramai sayangkan hang Myra. Semoga hang bahagia di sana Myra. Hang sambut bulan Ramadhan kat sana okay? :')


Khamis, 28 Julai 2011.

Tersenyum aku melihat wajah-wajah mereka yang sudah kembali ceria. Bergelak ketawa. Namun, aku tahu, itu hanya luaran. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu. Sekurang-kurangnya mereka sudah ada perubahan. Terima kasih Ya Allah. Kau kuatkanlah hati mereka Ya Allah. Mereka sangat-sangat memerlukan pertolonganMu Ya Allah. Ya Allah, kau kuatkanlah hati kami untuk menghadapi SPM dalam beberapa bulan sahaja lagi. Aminnn

Yang pergi tetap pergi, kita yang masih hidup di muka bumi ini, tetap harus meneruskan kehidupan. Jadikan kehidupan kita lebih baik dari semalam :)


Nur Amirah Binti Fadzil. Kini hanya tinggal kenangan~


Wednesday, July 13, 2011

Empat bulan lagi !

Assalamualaikum~

Semua dok busy dengan PLKN. PLKN. PLKN. =.='

Weyh! Cuba sedar sikit! SPM pun tak lepas lagi, dok pikir PLKN tu. Nanti-nanti pikir la. Penuh HOME aku dengan status PLKN. Haish. Tau la hampa happy sebab tak dapat. =.='

EMPAT BULAN LAGI NAK SPM :O

OH MY! Aku tak ready lagi =.='


So, ni jadual SPM aku. Subjek yang aku amek saja.

Isnin 14/11/2011
8.00 - 10.15 --> Bahasa Melayu 1
2.00 - 4.30 --> Bahasa Melayu 2

Selasa 15/11/2011
8.00 - 9.45 --> Bahasa Inggeris 1
10.30 - 12.45 --> Bahasa Inggeris 2

Rabu 16/11/2011
8.00 - 9.00 --> Sejarah 1
10.00 - 12.30 --> Sejarah 2

Khamis 17/11/2011
8.00 - 9.15 --> Mathematics 1
10.00 - 12.30 --> Mathematics 2

Isnin 21/11/2011
8.00 - 10.00 --> Pendidikan Islam 1
11.15 - 12.55 --> Pendidikan Islam 2

Rabu 23/11/2011
8.00 - 10.00 --> Additional Mathematics 1
2.00 - 4.30 --> Additional Mathematics 2

Khamis 24/11/2011
8.00 - 9.15 --> Physics 1
10.00 - 12.30 --> Physics 2
2.00 - 3.30 --> Physics 3

Selasa 29/11/2011
8.00 - 9.15 --> Chemistry 1
10.00 - 12.30 --> Chemistry 2
2.00 - 3.30 --> Chemistry 3

Rabu 30/11/2011
8.00 - 9.15 --> Biology 1
10.00 - 12.30 --> Biology 2
2.00 - 3.30 --> Biology 3

Isnin 5/12/2011
11.15 - 12.30 --> Prinsip Perakaunan 1
2.00 - 4.30 --> Prinsip Perakaunan 2


p/s: Tak sabarnya 5 Disember. Merdeka! Merdeka! Hehehe.

*Hang memang kan ejin, SPM pun belum lagi, dok kira nak "merdeka" dah. Haha.

Doakan aku dan kawan-kawan aku berjaya dalam SPM nanti ye? AMINNN~

Saturday, July 9, 2011

Officially SEVENTEEN!

Semalam aku officially SEVENTEEN!
Makin tua hang ejin. =.='

Awat laa orang sambut birthday? Sambut hari ketuaan diri sendiri? Okay dah mula merepek.

BIRTHDAY aku tak berapa best la tahun ni. But, nevermind. 

Aku appreciate sangat-sangat to Asmira, Hafizah and Dinie
yang sudi menyanyikan

"Happy birthday to youu,
happy birthday to youu,
happy birthday to ejinnnn,
happy birthday to youuu!"

di awal-awal pagi apabila aku jejak ja kaki kat sekolah.

Ya, i know, naseb baik sekolah, kalau tak, no one will sing to me =.='

Anyway, thankyouuu sangat-sangat kepada semua yang wish. ;D

And, aku dapat ejaan baru bagi nickname aku, selalunya perbezaan ni ja => untuk family IJIN and untuk kawan-kawan EJIN

Now, ada yang bagi ejaan baru lah! =.='
EJEIN
IJEEN

Sangat burok okayh! =.='

Nak tambah lagi bad news?

Selalunya, kalau birthday mesti dapat free call kan kan kan?
Aku tak dapat free call! =.='
Sebab aku guna nombor aku sekarang ni since aku darjah 5 lagi. Masa darjah 5 mana ada IC, so, tak boleh la guna nama aku. That time, abah potong telefon rumah sebab bil melambung-lambung sebab kak ien suka gayut. Ya, TERIMA KASEH KAK IEN, sebab anda, saya guna handphone paling awal antara kawan-kawan saya. Haha. Okay dah melalut.

 So, nombor yang aku pakai ni, berdaftarkan dengan nama kak ien. Nanti birthday kak ien lah baru aku dapat free call. Nama kak ien tuu. Kalau aku buat jahat apa-apa guna nombor ni, kak ien la kena buru dengan polis. *gelak jahat* HAHAHA! Okay, aku baik laaa, nak cari pasal dengan prefect pun ketaq =.=' Polis? Lagilah. Haha.

Back to the topic, nak bagi award untuk WISH PALING PANJANG. Haha. Nahh, baca laa.

"Dear anak amin yang paling bongsu, selamat hari jadi yang ke-17 tahun. (Wah, skemanya aku!) Semoga bahagia selalu dan kentot selalu. Sedaq diri sikit dah makin tua, maka, kedut dah bertambah! All the best for SPM. Sengih-sengih la selalu. Semoga kawankapal kita berkekalan. AMIN. With lots of love, Dinie Eyldira."

Dinie, hang kalau bab nak merepek-merepek ni, memang nombor satu kan? Sebab tu aku suka merepek dengan hang. Hikhik. <3

WISH PALING PENDEK?

Ni keja orang yang malas, post kat wall FB aku

"hb"

LOL, malas sangat nak taip full, hampa bagi shortform jaa? Oh, wait. Ni bukan SHORTFORM, ni INITIAL LETTERS jaa! Haha. Nevermind. Thankyouuuu! ;D


Last but not least,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Meet DOMO JUNIOR ! :D


Ini MAMA DOMO dengan anaknya DOMO JUNIOR. Haha.


Tiba-tiba teringat ada orang kata, malin kot, kalau tak silap aku laa, dia kata "gedik aih domo ni, pakai roxy" haha, sebab aku bubuh keychain roxy kat pencil box domo ni terus jadi DOMO GEDIK nohh? :P

Amacam DOMO JUNIOR ni? Macho tak? Sebab dia pakai topi koboiii! Haha. Eh eh, tiba-tiba teringat Bruno Mars! Bruno Mars kan pakai topi. Boleh jadi DOMO MARS tak? Hikhik <3


p/s: Thankyouu kepada pemberi hadiah ituu. Sapa??? YMTT! Hehe.

p/s/s: Tengok Transformer: Dark Of The Moon tadi. Memang berbaloi la kan tiket RM17 sebab 3D & 2jam30min cerita ni. Dannnn, yang paling penting, BEST GILO!

Wednesday, July 6, 2011

Sudikah kau?


Sudikah kau menjadi peneman di kala suka dan duka ku ?
Agar satu hari nanti, jika ujian itu datang lagi ,
Ada kau sebagai penyejuk hati.

Sudikah kau menjadi penggerak semangatku ?
 Agar bila aku kelemahan, kau ada memberi bantuan,
Walau hanya sekadar senyuman.

Sudikah kau menjadi sahabat ku?
Mendengar luahan hatiku, 
Agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu,
Tanpa rasa ragu ~


Kerana aku hanya seorang insan,
Yang punya kelemahan untuk kau jadikan kekuatan, 
Yang punya keburukan untuk kau berikan kebaikan, 
Yang punya kekurangan untuk kau adakan kelebihan...


Peganglah tangan ku,
Aku cuma mahu kau ajari aku ketawa,
Bukan menangis bersama,
Ajari aku bangkit semula,
Bukan simpati azab yang ku terima,
Ajari aku kata-kata mentera,
Supaya badai duga yang melanda,
Akan aku hitung tanpa sengsara...



p/s: Bukan dikarang oleh aku ye. Ayat-ayat from somewhere. Yang aku cantum-cantum. Then, jadi bermakna sangat :)


YAYY!! Esok bersamaan dengan hari khamis, 7/7/2011, warga Penang sekalian akan cuti sempena PENANG HERITAGE DAY. Yang tak duduk kat Penang tuuuu, pergi la sekolah macam biasa, pergi la kerja macam biasa :P


Kesiannnnn kak ien, sapa suruh keja kat KLCC, mai join angah keja kat KOMTAR maiii. Haha :P