Saturday, December 17, 2011

Padang Kota Lama & Straits Quay.


Assalamualaikum :)

Aku memang suka peram cerita lama-lama kan? Haha. Korang ingat aku full time blogger ka nak update apa saja yang aku buat? Badan aku pun tau penat jugak :P

So, ni cerita hari Isnin punya. 12 Disember. Hari Sabtu baru nak cerita -,-

Tengah hari lunch dekat Pelita Nasi Kandar Sungai Dua. Perghhhh! Aku lepas rindu dekat favorite food aku. Ayam Madu kat Pelita Sungai Dua, memang superb. Kalau tak licin tak sah. And mestilah kuah campur! Haha.


Tengok tu, sempat lagi aku lukis smiley face. Kalau mamak cuci pinggan perasan aku lukis smiley tu, mesti mamak tu tersengih-sengih kan? Haha.

Abah cuti. Yayyyy! Abah bawak ronda-ronda dalam Penang, pergi Padang Kota Lama, Straits Quay and Batu Feringghi Night Market. Tapi hujan, so, tak boleh nak jalan-jalan kat night market tuu :'( Takpa-takpa, Ahad ni abah janji nak round island. Weeeeee~

Mula-mula pergi Padang Kota Lama. Makan sepuas-puasnya!


Pasembor, Sotong Kangkung, Sotong Bakar, Ais Kacang. Aku makan sorang semua ni. Apa? Tak percaya? Tak percaya sudahhh! Haha. Semua makan share-share laa :P


Ni sotong kangkung. Aku ada satu habit, kalau makan sotong kangkung, aku akan makan dengan abah saja. Sebab aku makan sotong, abah makan kangkung. Hahahaha. Tengok tuu, tinggal kangkung ja, sotong aku dah perabis. Aku tak suka kangkung sebab cikgu aku pernah cerita, ada satu kes, ada lintah dalam kangkung tu, then orang makan, lintah tu beranak-pinak dalam perut orang tu. So, bila bagi aku kangkung memang aku tak akan makan =,=

Time tu nak hujan, jadi tak sempat nak jalan-jalan kot Padang Kota Lama ni. Sempat tangkap gambar sikit ja.


Tengok awan, punya la gelap. 


Ouh Nurhafizin Amin, kau ingat handphone kau DSLR? Haha. Tapi cantik kan pemandangan ni? Orang tengah memancing ;)


Seterusnya, pergi ke Straits Quay! Nasib baik hujan baru berhenti. Boleh la tangkap gambar sikit. Tapi handphone bukan DSLR, so, gambar tak clear sebab malam =,=


Pokok krismas yang sangat gigantic!

Actually Straits Quay ni banyak function. Ada mall dekat ground floor and second floor tak silap aku. Then, atas tu apartment and hotel. Lepas tu tempat bot-bot mewah parking. View dia sangat cantik. Ramai yang buat photoshoot dekat sini.


Ini mak aku. Tengok belakang tu, banyak bot.


Ini abah aku.



Okay, aku tak tahu kenapa, tapi aku suka signboard dia. Haha. 


Ini Nadia. Sepupu aku. Dia duduk dekat selangor. Tapi cuti sekolah ni, dia tidur rumah aku. Nadia, aku taktau kenapa, setiap kali tengok gambar ni, aku rasa macam nak gelak. Haha. Ouh, dia ada blog jugak. Visit la. [KLIK SINI]

Tahun lepas aku ada jenguk-jenguk Straits Quay ni. Tapi banyak shops yang tak bukak lagi. Entry dulu-dulu. [KLIK SINI]


P/S: Penat mata aku berblogwalking, macam-macam jenis blog ada. Fuhhh!

2 comments: