Syukur kepada Allah.
Tok Kiah dah keluar dari Hospital Taiping petang tadi :)
Hari Isnin bangun ja tidur, mak kata, "Tok Kiah masuk hospital, nak ikut balik kampung tak?" Dengan mamunnya aku kata kat mak "Ha? Nak la. Tu ja satu-satunya tok yang ejin ada. Nak dok rumah ni buat apa?"
Then, pergi hospital, Tok takda la sakit serius sangat. Masalah perut. Yang lawaknya, mak pergi la jumpa doktor tu. Doktor tu macam doktor pelatih. Doktor tu punya la dok cerita dalam English. Mak kata nama penyakit pun dalam bahasa Inggeris, mana nak pi tau penyakit apa. Last-last, dapat tau, sebab Tok Kiah tak berak 5 hari. And tak makan 2 hari kot. Bila dah tua ni, sakit sikit pun, tak boleh ambil mudah, sebab boleh effect benda-benda lain jugak.
Tengok, pasal tak berak pun, penyakit kot. Jadi, yang berak tiap-tiap hari tu, tahniah, anda sihat :)
Yang tak boleh belah tu, aku dengan selamba nya boleh pi tanya,
"Mak, kalau kentut tiap-tiap hari pun kira sihat la kan?"
Hahaha.
P/S: On phone sekejap, mungkin ada perkara penting, then salah satu mesejnya ialah.
"Hari ni genap 3 bulan Mira tinggalkan kita! Doakan keampunan untuk dia. Tolong beritahu kepada kawan-kawan dia ok. Tq. From Ayah Mira."
~ AL-FATIHAH buat kawan aku yang telah meninggal dunia 3 bulan yang lalu.
0 Comment:
Post a Comment