Aku bersyukur Ya Allah, dengan hidup aku sekarang. Terima kasih kerana memberikan rezeki kepada keluarga ku ini. Walaupun aku tak semewah orang-orang lain, tapi kita kena sedar, ada orang hidup lagi susah dari kita. Kalau mewah sangat pun susah, takut terlalu terjebak dengan kekayaan, nanti makin menjauh dengan Allah. Aku bersyukur sebab hidup keluarga aku makin bertambah baik.
Mula-mula, kami duduk di belakang rumah tok yang sekarang ni diberi sewa kepada penyewa. Then, kami duduk di rumah flat dua bilik, yang memuatkan kami LIMA anak beranak. Sekarang, abah dah beli rumah sebelah, jadi rumah kami kira dua bijik la, dinding kat tengah dipecahkan untuk sambung kedua-dua belah rumah. Alhamdulillah.
Dulu kami share satu bilik TIGA orang. Nasib baik lah kami ni tiga-tiga beradek perempuan. Sekarang aku duduk satu bilik sorang-sorang. Alhamdulillah. Kakak-kakak aku pulak share bilik sebab depa tak selalu ada kat rumah.
Dulu, satu meja study, share tiga orang. Sekarang, masing-masing dah ada meja sendiri. Masing-masing dah ada komputer/laptop sendiri. Alhamdulillah.
Dulu satu almari baju share tiga orang, sekarang masing-masing dah ada almari baju sendiri. Alhamdulillah. Almari kasut kat rumah ni pun besar macam almari baju =.=' Hehe
Dulu meja makan untuk EMPAT orang. Sekarang meja makan untuk ENAM orang. Alhamdulillah. Tu pun mak nak beli meja untuk SEPULUH orang. Agak-agak la mak, kita LIMA orang ja =.=' Makan sama-sama kat meja makan pun time bukak puasa ja. Time lain makan sendiri-sendiri. Sebab masing-masing ada jadual harian sendiri. Aku pun bukan makan kat meja, aku makan depan TV. Haha.
Dulu broadband pun takdak. Then pakai broadband. Sekarang dah ada streamyx. Hehe. Alhamdulillah.
Actually banyak sangat perubahan. Sampai esok pun tak akan habis taip. Jadi cukup la banyak ni. Haha. Aku harap kemewahan yang tak seberapa ini, tak melalaikan aku. Tapi memang melalaikan pun. =.=' Baru sikit ja ni, kalau lagi mewah, tak tau la apa jadi kat aku. =.='
Alhamdulillah. Aku diberi petunjuk baru-baru ni. Aku dah tak tinggal solat macam selalu dah. Sekarang aku dah usaha untuk tak tinggal solat. Kematian arwah kawan aku baru-baru ni, buat aku sedar, ajal tak kenal umur. Bila-bila pun boleh jadi. Semuanya di tangan Tuhan. Jadi jangan terlalu leka dengan duniawi. Akhirat kena prepare jugak.
p/s: Cuba fikirkan perubahan hidup family korang. Jangan jadi spesies kacang yang lupakan kulit pulak :)
Alhamdulillah. Syukuri apa yg ada :)
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur nikmat, kepada tuhan yang memberikan :)
ReplyDelete