Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Semuaaaaaa!

Assalamualaikum :)

Cakap pasal hari raya, aku rindu la zaman kecik-kecik dulu. Zaman balas-balas kad raya. Tahun ni satu kad raya pun aku tak dapat. Sedih gilaa. Sobsob. :'( Tadi aku baca kad raya yang lama-lama. Gelak bagai nak gila. Hahaha. Lawak kot. 

Ni la kad-kad raya lama akuuu. Bengong punya uploader, awat gambar terbalik ni? Lantak lah.


Tengok ni, siap pakai posmen lagi tau. Ada setem tuuu. Haha.


Antara ayat-ayat yang famous:

Assalamualaikum (Tak jawab dosa :P) Apa khabar? Tengah buat apa? This year raya kat mana? Persiapan raya amacam? Dah beli baju raya? Baju raya kaler apa? Dah beli kuih raya? Puasa penuh tak? Tak pi beraya kat rumah ehem-ehem? Dan lain-lain, gila ka apa aku nak senarai semua. Hehe.

Yang tak tahan tuu, ada yang selit duit raya kat kad raya, kalau duit kertas memang lama dah aku guna, ni sempat lagi selitkan duit syiling 10sen. Haha.


 Yang lagi unbeliveable, ada jugak member-member aku yang puitis. Nahhh, baca ni :)

"Kelahiran persahabatan erat,
Yang berputik tanpa paksa,
Amat ku hargai,
Ternyata,
Kau rela menjadi sahabat setia,
Moga detik-detik perkenalan manis,
Yang terulit menjadi kenangan,
Akan kau ingat sentiasa,
Sahabatku."

"Persahabatan adalah cinta yang tak bersayap."


Dan akhir sekali...... Mestilah semua orang takkan lupa pantun ni....

PECAH KACA,
PECAH GELAS,
SUDAH BACA,
HARAP BALAS.

HAHA ;D


Ni kawan aku lukis, comel kan? DOMO RAYA ;)


Berbalik kepada tajuk asal, sempena hari baik, bulan baik ni, aku nak mintak ampun mintak maaf, andainya aku ada buat salah dengan korang, secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sesungguhnya sikap MAAF-MEMAAFKAN adalah satu sikap yang sangat mulia di sisi Nya..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :)

0 Comment:

Post a Comment