Monday, February 21, 2011

Aku pencuri?

sumber: bobex.wordpress


Rasulullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Ibnu Omar berkata: Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Jika engkau berada pada waktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jika engkau di waktu pagi, jangan tunggu sampai petang. Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit. Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati.”

--Hadis ni baru ja belajar untuk topik form 5, haih, bila nak bertaubat ni ejin oii--

Di sini, konsep menghargai waktu sangat dititik beratkan oleh agama. Agama Islam memandang perlakuan membazir masa dan menangguh-nangguhkan tugasan sebagai suatu kerugian yang nyata. Mereka yang tidak mengisikan masanya dengan perkara yang berfaedah ibarat ‘pencuri masa’ yang akhirnya berada di dalam keadaan yang penuh kerugian.

--Hurm, aku memang suka tangguh-tangguh kerja, pemalas! Bila mau berubah ejin oii--

Kata bidalan, ‘Bertangguh itu pencuri masa’. Masakan tidak, masa yang sepatutnya diperuntukkan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi, dibiarkan berlalu begitu sahaja sama ada digunakan untuk membuat sesuatu kerja lain yang mungkin langsung luar dari ruang lingkup tugasan; bersantai atau berborak bersama rakan misalnya. Apabila tiba ‘deadline’, barulah terkocoh-kocoh menyiapkan tugasan tersebut!

--Ya, secara tidak langsung, aku telah menjadi seorang pencuri--

NOTE TO MYSELF:
Nurhafizin sila berubah yaa, demi masa depan anda, demi SPM =.='
Hang nak jadi apa ejin oi, kalau asyik dok tangguh-tangguh kerja jaa. Makin lama, kepala hang yang makin pening. Padan muka hang! 

P/S: Dah siap design baju bowling, esok nak tunjuk kat Anis, hopefully ada design yang berkenan di hati kawan-kawan ku ;D

0 Comment:

Post a Comment