Entry basi, Haha.
Sejak kebelakangan ni, macam ramai pulak yang pergi Straits Quay ni. Lagi-lagi masa raya Cina hari tuu. Mungkin sebelum ni ramai yang tak tahu tentang kewujudan Straits Quay ni. But at least aku tau masa bulan lepas. Haha. Aku pergi dengan family aku on 16th January 2011. Lepas ambil mak cik aku dari airport, and hantar dia balik rumah dia, kami pun decide untuk pergi Straits Quay ni.
Straits Quay ni dekat Tanjong Tokong. Abah aku kata, tempat ni dulu kena Tsunami. Lepas Tsunami tu, depa bina macam-macam dekat sini. Rumah dekat sini cantik sangat-sangat. Tema inggeris. Putih jaaa. Cantik okay! Kalah rumah dekat Bukit Jambul tuu. Haha. Nanti nak beli rumah dekat situu lah. Haha. berangan lebih hang ni ejin.
Jadi, di sini saya sertakan gambar-gambar kami sekeluarga. Wahh, bahasa baku. Tak bleyh blah. Haha.
Cantikkan? Rasa macam kat oversea pun ada jugak. Sebab bahagian yang menghadap laut nampak macam kat oversea der. Kakak aku kata, Straits Quay ni macam Pavillion sikit. Aku tak pernah jejak kaki dekat Pavi, so, no komen. Haha. Tapi yang ni lagi gempak sebab tempat kapal-kapal mewah berlabuh. Heee. And atas dia maybe apartment kot. Tapi hotel pun boleh jadi jugak.
Aku akhiri entry kali ini, sebab, ada homework yang tak siap lagii!
p/s: Kita tak tahu siapa yang akan muncul dan pergi dari hidup kita.
Jadi, hargailah sesiapa sahaja yang ada dalam hidup kita, supaya kita tidak akan menyesal pada suatu hari nanti :')
0 Comment:
Post a Comment