Friday, November 25, 2011

Buat yang telah pergi meninggalkan kita.

Assalamualaikum :)


20/11/2011
Lagi satu tarikh cantik untuk tahun ni kan? Hurm. Pada haribulan yang sama, tahun lalu, 20/11/2010. Tok aku telah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Cepatnya masa berlalu. Setahun dah. Sekarang bukan tok dah yang sapu sampah kat rumah tok. Kalau tak, setiap petang tok akan cakar daun-daun pokok mempelam yang luruh tu. Now, tiap-tiap hari nampak Tok Su dekat kawasan rumah tok. Mesti ada ja orang yang sapu, kalau bukan Tok Su, Abah, kalau bukan Abah, Mak cik, kalau bukan Mak Cik, Pak Chax, kalau bukan Pak Chax mesti ada orang lain punya yang buat kerja tu. Hurm. Buaian depan rumah tok pun dah kosong. Kalau tak, petang-petang tok mesti duduk situ. Sumpah ejin rindu tok. :'(


Tarikh hari ini pulak, 25/11/2011
Empat bulan yang lalu, iaitu 25/7/2011. Seorang sahabat aku yang sangat baik telah menghembuskan nafasnya yang terkhir dalam satu kemalangan jalan raya. Empat bulan dah myra :') Myra, kalau hang ada sekarang ni, mesti hang tengah struggle gila-gila for SPM kan? Sebelum hang pergi pun, hang rajin study. Aku ni yang malas nak study -,- Setiap kali nak jawab exam, mesti aku akan tengok meja hang yang kosong myra. Takda sapa duduk kat meja tu myra. Cuma, beberapa minit ja ketua pemeriksa akan duduk and isi something kat kertas jawapan hang. Kalau hang ada, mesti result hang gempak kan? Aku yakin, hang mesti dapat straight A's. Semuanya hanya tinggal 'KALAU' :(


Hargailah orang disekeliling anda, mana tahu, esok lusa, salah seorang ahli keluarga anda ataupun kawan baik pergi meninggalkan anda selama-lamanya. Masa tu menyesal pun tak guna. Meraung merintih la macam mana pun, diorang dah pergi, dan takkan kembali. Kita hanya dapat berdoa buat yang telah pergi, sebab itu sahaja yang orang macam kita yang masih hidup ni boleh buat untuk orang yang telah meinggal dunia.


#Aku amat hargai kalau korang sedekahkan Al-Fatihah buat arwah tok aku dan arwah Myra. Dan jangan lupa, sedekahkan Al-Fatihah, Yasin dan doa banyak-banyak buat ahli keluarga ataupun kawan korang yang telah pergi. Hanya itu sahaja yang kita mampu buat untuk mereka.


Sekarang tengah SPM. Aku ada 3 KILLER SUBJECTS lagi. Chemistry, Biology and Akaun. Wish me luck readers ;)

0 Comment:

Post a Comment